Official Website

A- A A+
| A A A A |   Arial | PT Sans | Century |

1akses

Naziran Lokap MRS Alor Gajah oleh pihak KDN Putrajaya

07 Ogos 2018 | 25 Zulkaedah 1439H - Kementerian Dalam Negeri dari Putrajaya telah melancarkan kerja-kerja naziran ke atas lokap di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Alor Gajah pada 07 Ogos 2018 jam 2.30 petang. Tujuan naziran tersebut adalah untuk memastikan lokap-lokap yang telah diwartakan berada dalam keadaan yang baik dan memenuhi spesifikasi yang telah ditetapkan serta mengelakkan ketidakpatuhan ke atas prosedur pengurusan lokap seterusnya menangani kes-kes percabulan hak asasi manusia ke atas orang yang direman.

Naziran tersebut telah diketuai oleh Tuan Amirrudin bin Abdul Latip, Hakim Mahkamah Rendah Syariah Daerah Alor Gajah dan turut serta empat orang pegawai dari Bahagian Keselamatan, Kementerian Dalam Negeri Putrajaya yang diketuai oleh Tuan Mohd Mushawwir bin Mohd Najib, dan turut disertai oleh wakil pegawai dari ibu pejabat, Mahkamah Syariah Negeri Melaka, pegawai dan kakitangan Mahkamah Syariah Daerah Alor Gajah.

Naziran Lokap Alor Gajah oleh wakil KDN Naziran Lokap Alor Gajah oleh wakil KDN Naziran Lokap Alor Gajah oleh wakil KDN
Naziran Lokap Alor Gajah oleh wakil KDN  Mimi Aisyah NaziranLokapAlorGajah 6


Disediakan Oleh: Nor hashimah Binti Hassan

 

FaLang translation system by Faboba