Official Website

A- A A+
| A A A A |   Arial | PT Sans | Century |

1akses

Kunjung Hormat TYT Yang Dipertua Negeri Melaka

24 Januari 2019 | 18 Jamadil Awal 1440H (Khamis) - Seramai 3 orang diketuai oleh YAA Tn Mohd Nadzri bin Hj. Abdul Rahman, Ketua Hakim Syarie, YA Tuan Ahmad Bin Lakim, Hakim Kanan Mahkamah Tinggi Syariah dan Tuan Abu Suffian bin Abu Yaziz, Ketua Pendaftar telah membuat kunjung hormat kepada TYT Tun Datuk Seri Utama Dr. Mohd Khalil bin Yaakob bertempat di Pejabat TYT Yang Di-Pertua Negeri Melaka. Di Dalam kunjung hormat tersebut YAA Tn Mohd Nadzri bin Hj. Abdul Rahman telah mengambil kesempatan untuk berbual mesra dan sesi perkenalan kerana beliau merupakan Ketua Hakim Syarie yang baru bermula 12 November 2018. Ini merupakan pertemuan rasmi yang pertama beliau bersama TYT. YAA Tn Mohd Nadzri bin Hj. Abdul Rahman juga mengambil kesempatan menerangkan visi dan misi MSNM serta melaporkan statistik dan perkembangan terkini tentang Mahkamah Syariah Negeri Melaka. TYT Tun Datuk Seri Utama Dr. Mohd Khalil bin Yaakob telah menyambut baik kunjungan hormat tersebut dan memberikan reaksi yang positif terhadap perbincangan dan cadangan di dalam kunjungan hormat tersebut.

Kunjung Hormat TYT Negeri Melaka Kunjung Hormat TYT Negeri Melaka Kunjung Hormat TYT Negeri Melaka
Kunjung Hormat TYT Negeri Melaka Kunjung Hormat TYT Negeri Melaka Kunjung Hormat TYT Negeri Melaka
Kunjung Hormat TYT Negeri Melaka Kunjung Hormat TYT Negeri Melaka Kunjung Hormat TYT Negeri Melaka

Disediakan Oleh: Baharuddin Bin Gappar