Laman Web Rasmi
A- A A+
| A A A A |   Arial | PT Sans | Century |

1akses

Garis Panduan E-Penyertaan

garis

E-penyertaan merupakan medium yang disediakan kepada orang awam dan para pelanggan Mahkamah Syariah Negeri Melaka bagi membantu jabatan dalam proses penyediaan dasar dan membuat keputusan  melibatkan isu-isu dan program penambaikan perkhidmatan jabatan.

Ia disediakan khusus untuk membolehkan pengguna memberikan pandangan dan cadangan terhadap sesuatu isu atau perkara baru yang memberi impak kepada penyampaian perkhidmatan kerajaan kepada masyarakat.

Oleh yang demikian, Mahkamah syariah Negeri Melaka amat mengalu-alukan penyertaan orang ramai dalam melibatkan diri dalam medium ini bagi membantu pihak jabatan dalam membuat keputusan.

Walaubagaimanapun, setiap peserta e-Penyertaan adalah tertakluk kepada terma dan syarat-syarat berikut :-

1. Anda adalah dilarang sama sekali membuat sebarang penyertaan dengan

  1. Menyentuh sensitiviti sesama kaum, agama dan politik.

  2. Menjatuhkan maruah, menyerang peribadi dan mengeluarkan kenyataan yang menyinggung perasaan peserta lain.

  3. Mengeluarkan ayat-ayat yang berunsur lucah

  4. Mengeluarkan penyataan menyalahi  'COPYRIGHT LAW', 'TRADEMARK', 'PATENT' dan lain-lain

  5. Menjalankan pernyataan  berunsur perniagaan skim pyramid, cepat kaya atau sebagainya.

  6. Memuat naik fai-fail yang mengandungi virus

2. Anda adalah digalakkan membuat sebarang penyertaan dengan

  1. Memberi kenyataan berdasarkan topik yang dibincangkan dan menepati terma dan syarat seperti yang ditetapkan.

  2. Menghormati pandangan dan cadangan daripada peserta lain.

  3. Memberi kenyataan dengan memahami konsep kebolehpercayaan sesuatu bahan di dalam ruangan ini adalah ditanggung oleh individu itu sendiri.

3.   Pihak pentadbir ruangan e-Penyertaan  berhak tidak mengesahkan, menyokong, mewakili atau menjamin sebarang kebenaran, ketepatan atau kebolehpercayaan mana-mana kenyataan/topik yang di buat di dalam ruangan e-Penyertaan ini.

4. Pihak pentadbir ruangan e-Penyertaan berhak meminda dan memadam mana-mana kenyataan/topik pada bila-bila masa tanpa memaklumkan kepada penulis kenyataan/topik berkenaan.

5. Pihak pentadbir ruangan e-Penyertaan berhak meminda Garis Panduan e-Penyertaan ini pada bila-bila masa tanpa sebarang pengumuman/notis.

6. Sebagai peserta dalam e-Penyertaan, anda hendaklah maklum setiap penyertaan anda adalah termaktub dengan terma dan syarat garis panduan e-Penyertaan Mahkamah Syariah Negeri Melaka.