Laman Web Rasmi
A- A A+
| A A A A |   Arial | PT Sans | Century |

1akses

Kebebasan Maklumat Mahkamah Syariah Negeri Melaka

Mana-mana orang awam dan organisasi luar yang ingin mendapatkan sebarang maklumat daripada Mahkamah Syariah Negeri Melaka, boleh berbuat demikian dengan mematuhi prosedur-prosedur berikut:-

i. Mengisi dan melengkapkan Borang Permohonan Untuk Akses Kepada Maklumat seperti yang dilampirkan di bawah;

ii. Mengemukakan Borang Permohonan Untuk Akses Kepada Maklumat yang telah lengkap diisi melalui emel ke msnm@esyariah.gov.my atau secara serahan tangan/pos ke alamat berikut:-

Mahkamah Syariah Negeri Melaka

Kompleks Mahkamah Syariah Melaka,

Jalan Ayer Keroh Lama,

Hang Tuah Jaya,

75450 Melaka.

Tel : 06-3333333

Faks: 06-2313913

iii. Ketua Pegawai Maklumat Mahkamah Syariah Negeri Melaka akan memproses permohonan yang dikemukakan dan akan memberikan maklum balas kepada permohonan dalam tempoh masa tiga puluh (30) hari dari tarikh akuan penerimaan permohonan bagi permohonan biasa atau dalam tempoh masa tujuh (7) hari dari tarikh akuan penerimaan permohonan sekiranya permohonan itu melibatkan nyawa atau kebebasan individu; dan

iv   Sekiranya permohonan diluluskan, pemohon akan menerima akses kepada maklumat yang dipohon mengikut cara akses yang bersesuaian; dan

v.   Sekiranya permohonan ditolak, pemohon boleh mengemukakan rayuan kepada Ketua Pegawai Maklumat Mahkamah Syariah Negeri Melaka dalam tempoh masa dua puluh satu (21) hari dari tarikh penerimaan keputusan.

Sekiranya memerlukan sebarang maklumat atau bantuan berhubung perkara ini, sila berhubung dengan Ketua Pendaftar Mahkamah Syariah Negeri Melaka ditalian 06-3333333 samb 3512 atau emel abusuffian@esyariah.gov.my

Sila klik << disini >> untuk muat turun Borang Permohonan Untuk Akses Kepada Maklumat.