Laman Web Rasmi
A- A A+
| A A A A |   Arial | PT Sans | Century |

1akses

Perutusan Ketua Hakim Syarie Tahun 2011

basmallah Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

 gambar ketua hakim syarie melaka

Salam 1 Malaysia, Selamat Tahun Baru 2011,

Di kesempatan ini, saya amat mengharapkan satu azam baru dapat ditanam dan dilaksanakan oleh semua kakitangan Mahkamah Syariah Negeri Melaka (MSNM) untuk menjalankan tugas yang diamanahkan dengan penuh dedikasi dan lebih bersemangat. Harapan ini juga selaras dengan seruan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom pada Majlis Perasmian temasya Sukan Mahkamah Syariah Seluruh Malaysia (Kali Pertama) di Terengganu pada 17.12.2010 untuk menjaga tingkah laku, sahsiah dan akhlak di kalangan penjawat awam Mahkamah Syariah.

Sekalung penghargaan juga saya ucapkan kepada semua yang melayari laman web rasmi ini kerana anda banyak menyumbang secara tidak langsung dalam pembangunan dan penambahbaikan laman web MSNM. Adalah menjadi harapan kami agar laman web ini dapat memberikan informasi serta perkhidmatan yang terbaik kepada semua orang awam, peguam dan pelajar institut pengajian tinggi yang sentiasa memberi sokongan positif kepada kami. Penarafan 4 Bintang terhadap Laman Web ini oleh Malaysia Government Portals and Websites Assesments 2010 juga adalah satu pengiktirafan usaha kami untuk menjadikan laman web ini sumber rujukan kepada semua pihak.

Pada tahun ini juga, jabatan kami mensasarkan keberkesanan program kualiti iaitu penambahbaikan secara berterusan terhadap Sistem Persekitaran Berkualiti (QE) 5S, MS ISO 9001:2008, Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dan System Star Rating (SSR).

Akhir kalam, semoga tahun baru ini, MSNM dapat menjadi institusi yang bertransformasi sejajar dengan visi kami untuk menjadi sebuah institusi kehakiman syariah yang berwibawa.

Wassalam

Y.A.A. Datuk Mahammad bin Ibrahim
Ketua Hakim Syarie,
Mahkamah Syariah Negeri Melaka.

 

FaLang translation system by Faboba