Laman Web Rasmi
A- A A+
| A A A A |   Arial | PT Sans | Century |

1akses

Perutusan Ketua Hakim Syarie Tahun 2012

basmallahAssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

 gambar ketua hakim syarie melaka

Segala pujian bagi Allah SWT pentadbir seluruh alam dan selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda, para sahabat dan semua pada muslimin dan muslimat sekalian.

Sama-sama kita panjatkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana limpah dan kurniaNya kita semua diberi peluang dan ruang untuk bersua pada tahun baru 2012. Sedar tidak sedar kita telah menginjak ke tahun 2012. Tahun baru dengan azam yang baru. Sudah pasti semua warga kerja Mahkamah Syariah Negeri Melaka (MSNM) dan semua pelayar laman web ini mempunyai azam yang tertanam untuk dicapai pada tahun 2012 ini.

Tirai 2012 dibuka dengan berita yang mengembirakan semua warga atas penganugerahan 5 Bintang ke atas laman web ini yang mana majlis penganugerahan telah disempurnakan pada 1.12.2011 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. Alhamdulillah matlamat untuk menggapai penarafan 5 Bintang ini tercapai jua. Prestasi laman web ini dilihat lebih bermakna apabila MSNM merupakan Mahkamah Syariah yang pertama yang menggondol 5 Bintang berbanding Mahkamah Syariah lain seluruh Malaysia. Ini adalah hasil komitmen semua pihak yang terlibat secara langsung dalam pembinaan dan penambahbaikan laman web ini. Syabas diucapkan dan semoga hasil kerja pada tahun ini akan lebih optimum dalam mengekalkan 5 Bintang untuk laman web sebagai salah satu sasaran Sistem Star Rating yang sedang dilaksanakan di jabatan ini.

Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua Jawatankuasa Penyelaras Unit Inovasi dan Kualiti MSNM yang baru ditubuhkan pada 15.12.2011 di mana diketuai oleh Ketua Pendaftar, Tuan Jasni bin Mat Desa. Jawatankuasa ini berperanan untuk mengawal selia penubuhan dan pelaksanaan program kualiti MSNM yang terdiri daripada MS ISO 9001:2008, Pengukuran Indek Prestasi (KPI), 5S, Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) dan juga System Star Rating (SSR). Harapan saya agar dengan penubuhan jawatankuasa ini dapat memantau dan memastikan segala pelan strategi untuk semua program kualiti dapat dilaksanakan pada tahun semasa dan pada tahun-tahun akan datang.

Selain daripada itu saya mengharapkan agar semua warga MSNM dapat melaksanakan tugas dengan penuh komitmen apatah lagi dengan kehadiran tahun baru ini dapat menjadi titik penilaian dan transformasi ke arah sistem peyampaian awam yang terbaik dan pada masa yang sama meningkatkan amalan kita duniawi dan ukhrawi.

Akhir kata, tahniah dan syabas saya ucapkan kepada semua yang terlibat dalam dalam mengekalkan kecemerlangan laman web ini. Semoga laman web ini bukan sahaja sebagai tatapan tetapi dapat memberi manfaat kepada semua pihak. Semoga semua warga MSNM dapat menyumbang idea,inovasi serta buah fikiran dari semasa ke semasa untuk penambahbaikan laman web ini. Tahniah dan Syabas!!

Selamat Tahun Baru 2012 dan semoga menjadi lembaran baru yang lebih baik.

Y.A.A. Datuk Mahammad bin Ibrahim
Ketua Hakim Syarie,
Mahkamah Syariah Negeri Melaka.

 

FaLang translation system by Faboba