Laman Web Rasmi
A- A A+
| A A A A |   Arial | PT Sans | Century |

1akses

Perutusan Ketua Hakim Syarie Tahun 2013

 

basmallah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

 gambar ketua hakim syarie melaka

Segala pujian bagi Allah S.W.T. pentadbir seluruh alam dan selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W., ahli keluarga baginda, para sahabat dan semua pada muslimin dan muslimat sekalian.

Sama-sama kita panjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T di atas limpah dan kurniaNya kepada kita. Setelah kita mengharungi tahun 2012 dengan penuh warna-warni, kini kita diberi peluang oleh Allah S.W.T untuk mengharungi tahun yang baru iaitu tahun 2013. Semoga tahun ini menjadi tahun yang lebih baik buat kita semua dari setiap sudut kehidupan kita.

Pada tahun lepas, kita telah diuji dengan satu peristiwa yang amat menyedihkan iaitu pemergian Allahyarham Tuan Jasni bin Mat Desa, Ketua Pendaftar Mahkamah Syariah Negeri Melaka yang telah kembali ke Rahmatullah pada 18 Jun 2012. Dengan ini, saya ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham di atas pemergian tersebut. Kehilangan Allahyarham sangat dirasai oleh seluruh warga Mahkamah Syariah Negeri Melaka. Khidmat dan jasa baik Allahyarham sememangnya tidak terbalas oleh kita semua. Hanya Allah yang layak membalas jasa dan budi baik Allahyarham.

Segala puji bagi Allah, tahun 2013 ini dibuka dengan berita yang mengembirakan semua warga atas pencapaian lima bintang bagi portal ini dengan 96 markah dan sekaligus menduduki tangga teratas di dalam negeri Melaka. Ini bermakna portal ini merupakan lportal yang terbaik di Negeri Melaka. Pencapaian ini amat bermakna bagi kita kerana ianya menunjukkan bahawa Mahkamah Syariah boleh menjadi yang terbaik di kalangan jabatan-jabatan yang lain. Pencapaian ini adalah hasil komitmen semua pihak yang terlibat secara langsung dalam pembinaan dan penambahbaikan portal ini. Syabas diucapkan dan semoga hasil kerja pada tahun ini akan lebih optimum dalam mengekalkan pencapaian ini.

Seterusnya, saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada semua warga Mahkamah Syariah Negeri Melaka di atas pencapaian mendapat 4 bintang bagi indeks akauntabiliti Jabatan Audit Negara. Ini juga merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan.

Selain daripada itu, satu perkara yang amat menggembirakan kita semua dengan kehadiran tahun 2013 ini ialah perpindahan Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Melaka ke bangunan yang baru. Ini merupakan satu sejarah baru yang indah yang terlakar dalam sejarah Negeri Melaka di mana bangunan Mahkamah Syariah Negeri Melaka yang baru merupakan bangunan Mahkamah Syariah yang ke dua terbesar di Malaysia selepas bangunan Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan. Dengan itu, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih di atas kerjasama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Melaka bagi mewujudkan keselesaan kepada warga Mahkamah Syariah Negeri Melaka serta orang awam yang berurusan dengan Mahkamah ini.

Akhir kata, tahniah dan syabas saya ucapkan kepada semua yang terlibat dalam dalam mengekalkan kecemerlangan portal ini. Semoga portal ini bukan sahaja sebagai tatapan tetapi dapat memberi manfaat kepada semua pihak. Semoga semua warga MSNM dapat menyumbang idea,inovasi serta buah fikiran dari semasa ke semasa untuk penambahbaikan portal ini. Tahniah dan Syabas!!

Selamat Tahun Baru 2013 dan semoga menjadi lembaran baru yang lebih baik.

Y.A.A. Datuk Mahammad bin Ibrahim
Ketua Hakim Syarie,
Mahkamah Syariah Negeri Melaka.

FaLang translation system by Faboba