Laman Web Rasmi
A- A A+
| A A A A |   Arial | PT Sans | Century |

1akses

AMANAT KETUA HAKIM SYARIE MAHKAMAH SYARIAH NEGERI MELAKA (MSNM) 2017 DAN BENGKEL PENGURUSAN HALAL DALAM ORGANISASI

6 Januari 2017 | 10 Rabiulakhir 1438H (Jumaat) - Sempena ketibaan tahun baru 2017, Ketua Hakim Syarie MSNM, YAA Datuk Hj. Mohd Radzi Bin Hj. Abd Latif telah menyampaikan beberapa amanat kepada semua pegawai dan kakitangan MSNM. Amanat disampaikan bertempat di Dewan Banquet, Aras 4, MSNM pada 6 Januari 2017 tepat jam 9.30 pagi sebelum bermulanya program bengkel pengurusan halal. Antara amanat utama Ketua Hakim Syarie ialah  beliau mengharapkan supaya pencapaian cemerlang Tahun 2016 dapat diteruskan dengan lebih cemerlang lagi pada Tahun 2017 dan juga berharap supaya segala perancangan aktiviti dan program Tahun 2017 berjalan lancar.

Amanat YAA Datuk & Taklimat Pengurusan Halal

Selesai amanat YAA Datuk, bengkel “Pengurusan Halal Dalam Organisasi” dimulakan pada jam 10.00 pagi. Bengkel tersebut dianjurkan  oleh Jawatankuasa Pengurusan Kualiti (MS 1900:2014 Patuh Syariah) Mahkamah Syariah Negeri Melaka (MSNM) sebagai persediaan MSNM ke arah pengauditan peringkat kedua MS 1900:2014 Pematuhan Syariah. Penceramah yang dijemput untuk menyampaikan ceramah tersebut ialah Ustazah Noorhafizah Binti Ibraim, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Agama Islam Negeri Melaka (JAIM). 

Amanat YAA Datuk & Taklimat Pengurusan Halal

Amanat YAA Datuk & Taklimat Pengurusan Halal

Antara objektif bengkel tersebut diadakan adalah untuk memahami konsep halal, keperluan pengurusan halal dalam organisasi, mengetahui prosedur-prosedur dalam penentuan keperluan outsoursce yang halal daripada pembekal-pembekal luar jabatan dan lain-lain. Bengkel dimulakan dengan ucapan aluan pengerusi majlis, Encik Ahmad Hambali Bin Mohamad Ali dan kemudian taklimat berkenaan Pengurusan Halal disampaikan oleh ustazah Noorhafizah Binti Ibraim. Bengkel mendapat sambutan yang menggalakkan daripada peserta yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan MSNM terutamanya semasa sesi soal jawab antara penceramah dan peserta. Banyak info dan maklumat berkaitan halal seperti sijil halal premis-premis makanan, logo halal sesuatu produk dan banyak lagi diperolehi daripada perkongsian ceramah itu. 

Amanat YAA Datuk & Taklimat Pengurusan Halal

Program selesai pada jam 11.30 pagi dan ditutup dengan sesi penyampaian cenderamata kepada penceramah kemudian diikuti sesi fotografi. Program ini sangat berjaya kerana kebanyakkan objektif bengkel ini dapat dicapai. Semoga konsep halal dapat dipraktikkan dan diuruskan dengan baik dan berkesan oleh semua warga MSNM dalam organisasi dan kehidupan harian. 

Amanat YAA Datuk & Taklimat Pengurusan Halal

Amanat YAA Datuk & Taklimat Pengurusan Halal

Amanat YAA Datuk & Taklimat Pengurusan Halal

 

Disediakan Oleh: Izzah Hanani Binti Suhaimi