Laman Web Rasmi
A- A A+
| A A A A |   Arial | PT Sans | Century |

1akses

Majlis Makan Malam Anjuran Kelab Kebajikan, Sukan Dan Rekreasi Mahkamah Syariah Melaka Bagi Tahun 2016

16 Disember 2016 | 16 Rabiulawal 1438H (Jumaat) - Majlis Makan Malam bersama ahli Kelab Sukan dan Kebajikan Mahkamah Syariah Negeri Melaka telah diadakan di Hatten Hotel Melaka bertujuan meraikan sumbangan warga Mahkamah Syariah terutamanya bagi ahli kelab. Kira-kira seramai 100 orang ahli kelab dan warga Mahkamah Syariah telah menghadiri majlis ini. Antara tetamu yang hadir adalah Y.A.A. Datuk Haji Mohd Radzi bin Hj. Abd Latif, Y.A Tuan Mohd Asri Bin Tahir, Y.A Mohammad Khalid Bin Shaii dan Puan Firdawaty Binti Mohammad, Hakim Mahkamah Rendah Syariah Jasin yang telah berpindah ke Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor pada pertengahan tahun 2016.

Majlis Makan Malam 2016

Majlis Makan Malam 2016

Majlis Makan Malam 2016

Majlis juga menyaksikan penyerahan sumbangan kepada semua pegawai dan kakitangan yang telah mendapat cahaya mata pada tahun tersebut, mendapatkan rawatan di Hospital dan anak-anak ahli kelab yang telah menunjukkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR, PMR, PT3 dan SPM bagi tahun 2016. Turut meraikan semua pegawai dan kakitangan yang terpilih untuk dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahunan dan Pekerja Contoh Bulanan dari bulan April hingga Disember 2016. Majlis Anugerah bagi semua kejayaan Mahkamah Syariah juga turut diadakan antaranya kejayaan Kumpulan Inovasi MSNM “Adiwarna” menyertai Majlis Persada Inovasi Negeri Melaka 2016, “Aura Kesidang” meraih Anugerah Emas (Gold Award) ICQCC 2016, “The Sheriff” merangkul Emas Dalam Konvensyen MPC Wilayah Pantai Timur 2016, Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Kewangan dan lain-lain lagi.

Majlis Makan Malam 2016

Majlis Makan Malam 2016

Majlis Makan Malam 2016

Majlis Makan Malam 2016

Majlis Makan Malam 2016

Majlis Makan Malam 2016

Pada malam itu juga turut meraikan Majlis Perpisahan Puan Firdawaty Binti Mohammad yang telah berpindah ke Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor pada pertengahan Jun tahun 2016. Acara cabutan bertuah dan penyampaian cenderahati kepada semua pegawai dan kakitangan juga telah diadakan.
Secara keseluruhannya, Majlis Makan Malam ini telah berjaya dilaksanakan dengan cemerlang!

Majlis Makan Malam 2016

Majlis Makan Malam 2016

Majlis Makan Malam 2016

Majlis Makan Malam 2016

Tahniah!!!

Disediakan Oleh: Ramlah binti Kassim