Laman Web Rasmi
A- A A+
| A A A A |   Arial | PT Sans | Century |

1akses

Kunjungan Hormat Pasukan Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK) Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan (JKSNS) Ke Mahkamah Syariah Negeri Melaka (MSNM)

3 Mei 2017 | 6 Syaaban 1438H (Rabu) - Pasukan-pasukan Kumpulan KIK MSNM iaitu Team Aura Kesidang, Team Adiwarna, Team Syariah`s Excellence dan Team The Sheriff telah menerima lawatan kunjung hormat pasukan KIK Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan (JKSNS) yang terdiri daripada 4 orang ahli yang berkesempatan hadir iaitu Puan Noor Hafizah binti Omar, Puan Nurul Asyikin binti Zakaria, Encik Azri bin Mohd Hamdan dan Encik Mohd Nizam bin Abd Wahab. Tujuan utama lawatan ini dibuat adalah sebagai langkah persediaan pasukan KIK JKSNS untuk menyertai pertandingan KIK pada tahun 2018 akan datang. 

Lawatan Pasukan Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK) Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan (JKSNS)

Sebanyak empat (4) taklimat projek Inovasi iaitu Projek Ezi-Trace (Kumpulan Adiwarna), Projek Two Easy (Kumpulan Aura Kesidang), Projek E-Perintah (Kumpulan Syariah`s Excellence) dan Projek TNT ( Kumpulan The Sheriff) telah dikongsikan oleh setiap kumpulan kepada Pasukan KIK JKSNS yang hadir. Sesi soal jawab turut juga diadakan. Selain itu juga Pasukan KIK JKSNS turut di bawa melawat ke Galeri MSNM. 

Lawatan Pasukan Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK) Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan (JKSNS)

Lawatan Pasukan Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK) Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan (JKSNS)

Akhirnya, sesi lawatan diakhiri dengan sesi penyampaian cenderahati MSNM kepada pasukan KIK JKSNS sebagai tanda penghargaan. Semoga dengan perkongsian maklumat-maklumat projek KIK tersebut dapat memberikan suntikan semangat kepada pasukan KIK JKSNS untuk mencipta projek inovasi di jabatan dan juga sebagai momentum terbaik kepada pasukan-pasukan KIK MSNM juga untuk terus beristiqomah mencipta pelbagai lagi projek inovasi bagi kemudahan pelanggan-pelanggan mahkamah seterusnya mempercepatkan lagi gerak kerja ke arah yang lebih kreatif dan efektif serta berdaya saing.

Lawatan Pasukan Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK) Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan (JKSNS)

Lawatan Pasukan Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK) Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan (JKSNS)

Lawatan Pasukan Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK) Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan (JKSNS)

 

Disediakan Oleh: Ahmad Hambali bin Mohamad Ali