Laman Web Rasmi
A- A A+
| A A A A |   Arial | PT Sans | Century |

1akses

Lawatan Kerja Warga Jabatan Kehakiman Syariah Perak (JKSPk) Ke Mahkamah Syariah Negeri Melaka (MSNM)

4 Mei 2017 | 7 Syaaban 1438H (Khamis) - Mahkamah Syariah Negeri Melaka hari ini  telah menerima lawatan daripada warga kerja Jabatan Kehakiman Syariah Perak. Seramai 34 orang ahli rombongan yang hadir dan diketuai oleh Tuan Ketua Pendaftar JKSPk iaitu Tuan Hj. Ab Rahman Thobroni Bin Mohd Mansor. Peserta-peserta lain terdiri daripada Penolong Pegawai Tadbir Kanan, Pendaftar-pendaftar Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah serta kakitangan yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Tadbir Urus Rekod Jabatan (JKTUR), JKSPk. Objektif lawatan ini diadakan bertujuan memberikan pendedahan dan sesi perkongsian ilmu pengurusan rekod samaada di peringkat unit pentadbiran dan unit perundangan.

Lawatan Kerja Warga Jabatan Kehakiman Syariah Perak (JKSPk

Majlis telah dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh YAA Ketua Hakim Syarie MSNM, iaitu YAA Datuk Haji Mohd Radzi bin Hj. Abd. Latif dan seterusnya ucapan balas oleh Tuan Hj. Ab Rahman Thobroni Bin Mohd Mansor selaku ketua rombongan dan mengucapkan jutaan terima kasih kerana pihak MSNM sudi menerima kunjungan JKSPk dan berharap agar lawatan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh pihak mereka. Plak penghargaan oleh JKSPk telah disampaikan oleh Ketua Pendaftar JKSPk kepada YAA Datuk sejurus selepas ucapan balas tersebut selesai dan seterusnya pemberian plak penghargaan pihak MSNM kepada pihak JKSPk.

Lawatan Kerja Warga Jabatan Kehakiman Syariah Perak (JKSPk)

Seterusnya ahli rombongan dipersembahkan dengan tayangan Video Korporat MSNM dan taklimat pencapaian MSNM oleh Seksyen Khidmat Korporat MSNM turut diberikan kepada pelawat. Kemudian sesi taklimat perkongsian mengenai projek ‘Ezi-Trace’ yang merupakan projek Inovasi bagi kategori pengurusan rekod yang telah disampaikan oleh wakil Kumpulan Adiwarna (Kumpulan KIK MSNM).

Lawatan Kerja Warga Jabatan Kehakiman Syariah Perak (JKSPk)

Lawatan Kerja Warga Jabatan Kehakiman Syariah Perak (JKSPk)

Kemudian, bagi kategori inovasi pengurusan kes, wakil Kumpulan Syariah`s Excellence (Kumpulan KIK MSNM) telah mempersembahkan projek ‘E-Perintah’ yang mana memberikan kemudahan kepada pihak-pihak mendapatkan Perintah Mahkamah dengan lebih cepat dan efisyen. Sesi soal jawab turut diadakan selepas selesai sesi taklimat diadakan.

Lawatan Kerja Warga Jabatan Kehakiman Syariah Perak (JKSPk)

Kemudian, ahli rombongan telah dibawa melawat ke lokasi seperti di Bilik Rekod dan di pejabat pentadbiran Mahkamah Rendah Syariah Melaka Tengah untuk melihat sendiri bagaimana projek Ezi-Trace dan E-Perintah dipraktikkan di MSNM. Setelah tamat sesi lawatan, sesi bergambar diadakan di tangga lobi utama mahkamah dan seterusnya ahli rombongan dijamu makan tengahari di Dewan Banquet MSNM di aras 4.

Lawatan Kerja Warga Jabatan Kehakiman Syariah Perak (JKSPk)

Lawatan Kerja Warga Jabatan Kehakiman Syariah Perak (JKSPk)

Lawatan Kerja Warga Jabatan Kehakiman Syariah Perak (JKSPk)

Akhirnya, semoga dengan lawatan kerja ini, ahli rombongan dapat mengambil manfaat sepenuhnya dan turut sama dipraktikkan di JKSPk nanti. Semoga agensi Kehakiman Syariah di Malaysia sentiasa dihormati dan dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

Lawatan Kerja Warga Jabatan Kehakiman Syariah Perak (JKSPk)

 

Disediakan Oleh: Ahmad Hambali bin Mohamad Ali