Laman Web Rasmi
A- A A+
| A A A A |   Arial | PT Sans | Century |

1akses

Bengkel Pemurnian Kaedah-Kaedah Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Melaka (Hakam) 2017 Dan Kaedah-Kaedah Peguam Syarie Negeri Melaka 2017

5-8 Oktober 2017 | 15-18 Muharam 1439H (Khamis) - Bengkel Pemurnian Kaedah-Kaedah Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Melaka (Hakam) 2017 dan Bengkel Pemurnian Kaedah-Kaedah Peguam Syarie 2017 anjuran Majlis Agama Islam Negeri Melaka (MAIM) dengan kerjasama Mahkamah Syariah Negeri Melaka (MSNM) telah diadakan di Klana Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan. Kedua-dua bengkel ini dipengerusikan oleh YAA Datuk Hj. Mohd Radzi Bin Hj. Abd Latif, Ketua Hakim Syarie MSNM. Bengkel pemurnian kaedah hakam yang diadakan pada 5 hingga 6 Oktober 2017 melibatkan peserta-peserta seperti Mufti Negeri Melaka dan Timbalan Mufti Negeri Melaka, Peguam Kanan Syariah Pejabat Undang-Undang Negeri Melaka, Penasihat Undang-Undang MAIM, Presiden Persatuan Peguam Syarie Negeri Melaka, Pegawai-Pegawai Tadbir Agama Daerah Negeri Melaka dan Pegawai-Pegawai dari MSNM sendiri manakala Unit Sulh sebagai urusetia untuk bengkel ini. 

Bengkel Pemurnian Kaedah-Kaedah Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Melaka

Bengkel Pemurnian Kaedah-Kaedah Peguam Syarie Negeri Melaka 2017 pula diadakan sejurus selesai pemurnian kaedah hakam iaitu pada 6 hingga 8 Oktober 2017. Bengkel ini telah melibatkan peserta-peserta seperti Mufti Negeri Melaka dan Timbalan Mufti Negeri Melaka, Peguam Kanan Syariah, Penasihat Undang-Undang MAIM, Presiden Persatuan Peguam Syarie Negeri Melaka (PPSNM) dan exco2 PPSNM serta Pegawai-Pegawai dari MSNM sendiri manakala Sekretariat Jawatankuasa Peguam Syarie sebagai urusetia untuk bengkel ini.

Bengkel Pemurnian Kaedah-Kaedah Peguam Syarie Negeri Melaka

Bengkel Pemurnian Kaedah-Kaedah Peguam Syarie Negeri Melaka

Bengkel Pemurnian Kaedah-Kaedah Peguam Syarie Negeri Melaka

Simbolik majlis penyerahan Deraf Kaedah Hakam Negeri Melaka 2017 dan Kaedah Peguam Syarie Negeri Melaka 2017 turut diadakan yang disampaikan oleh YAA Ketua Hakim Syarie Mahkamah Syariah Negeri Melaka kepada Tuan Penasihat Undang-undang Syariah Pejabat Penasihat Undang-undang Negeri Melaka selepas selesai bengkel pemurniaan bagi kedua-dua Kaedah. Semoga dipermudahkan untuk semakan dan seterusnya penwartaan.

Bengkel Pemurnian Kaedah-Kaedah Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Melaka

Bengkel Pemurnian Kaedah-Kaedah Peguam Syarie Negeri Melaka

Disediakan Oleh: Izzah Hanani Binti Suhaimi