Laman Web Rasmi
A- A A+
| A A A A |   Arial | PT Sans | Century |

1akses

Kunjung Hormat YAB Ketua Menteri Melaka

20 Jun 2018 | 06 Syawal 1439H (Rabu) - Seramai 11 orang diketuai oleh YAA Datuk Ketua Hakim Syarie Negeri Melaka, Hakim Kanan & Hakim Mahkamah Tinggi dan juga Hakim Daerah telah mebuat kunjung hormat kepada Ketua Menteri Yang Baru Y.A.B. Tuan Haji Adly bin Zahari, Ketua Menteri Melaka bertempat di Pejabat Ketua Menteri Melaka Tingkat 4 (Suite), Blok Bendahara, Seri Negeri, Hang Tuah Jaya, Ayer Keroh 75450, Melaka

Di Dalam kunjung hormat tersebut YAA Datuk Ketua Hakim Syarie telah mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah atas pelantikan YAB sebagai Ketua Menteri Melaka yang baharu. YAA Datuk Ketua Hakim Syarie juga mengambil kesempatan menerangkan visi dan misi MSNM serta melaporkan statistik dan perkembangan terkini tentang Mahkamah Syariah Negeri Melaka. YAB Ketua Menteri Melaka telah menyambut baik kunjungan hormat tersebut dan memberikan reaksi yang positif terhadap perbincangan dan cadangan di dalam kunjungan hormat tersebut.

Kunjung Hormat YAB Ketua Menteri Melaka KunjungHormatCM 1
Kunjung Hormat YAB Ketua Menteri Melaka Kunjung Hormat YAB Ketua Menteri Melaka
Kunjung Hormat YAB Ketua Menteri Melaka Kunjung Hormat YAB Ketua Menteri Melaka
Kunjung Hormat YAB Ketua Menteri Melaka Kunjung Hormat YAB Ketua Menteri Melaka

Disediakan Oleh: Baharuddin Bin Gappar