Laman Web Rasmi
A- A A+
| A A A A |   Arial | PT Sans | Century |

1akses

Program Pengurusan Outreach Bersepadu ‘Baitulmal Dihatiku’ anjuran Majlis Agama Islam Melaka dengan kerjasama MSNM

31 Julai 2018 | 18 Zulkaedah 1439H (Selasa) - Program Pengurusan Outreach Bersepadu ‘Baitulmal Dihatiku’ anjuran Majlis Agama Islam Melaka dengan kerjasama Mahkamah Syariah Negeri Melaka dan Japerun Pantai Kundor telah dilaksanakan pada 31 Julai 2018 bertempat di Dewan Japerun Pantai Kundor bermula jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari. Pengisian program ini melibatkan tiga (3) kertas kerja dan pameran. Tiga (3) orang penceramah telah menyampaikan pelbagai tajuk tentang perwarisan/faraid, Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Melaka dan juga produk-produk Baitulmal. Penceramah yang terlibat adalah Tuan Mohd Ridzuan Bin Zainudin dan Puan Siti Aishah Binti Kamarudin daripada Mahkamah Syariah Negeri Melaka. Manakala Puan Rohaizah Binti Abas adalah wakil daripada Baitulmal. Peserta-peserta program ini adalah orang awam atau penduduk sekitar Pantai Kundor.

Program Outreach Bersepadu ‘Baitulmal Dihatiku’ Program Outreach Bersepadu ‘Baitulmal Dihatiku’
Program Outreach Bersepadu ‘Baitulmal Dihatiku’ Program Outreach Bersepadu ‘Baitulmal Dihatiku’

Disediakan Oleh: Siti Aishah Binti Kamarudin