Laman Web Rasmi
A- A A+
| A A A A |   Arial | PT Sans | Century |

1akses

Naziran Lokap MRS Jasin oleh pihak KDN Putrajaya

01 Ogos 2018 | 19 Zulkaedah 1439H (Rabu) - Kementerian Dalam Negeri (KDN) dari Putrajaya telah melancarkan kerja-kerja naziran ke atas lokap di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Jasin pada 1 Ogos 2018 jam 2.30 petang. Tujuan naziran tersebut adalah untuk memastikan lokap-lokap yang telah diwartakan berada dalam keadaan yang baik dan memenuhi kriteria yang telah ditetapkan serta mengelakkan ketidakpatuhan ke atas prosedur pengurusan lokap seterusnya menangani kes-kes percabulan hak asasi manusia ke atas orang yang direman.

Naziran tersebut telah diketuai oleh Tuan Abu Suffian Bin Abu Yaziz, Ketua Pendaftar MSNM dan turut serta empat orang pegawai dari Bahagian Keselamatan, Kementerian Dalam Negeri Putrajaya iaitu Tuan Mohd Mushawwir bin Mohd Najib, Tuan Mohd Faruq bin Ismail, Puan Fatin Hazwani binti Muhtar dan Puan Siti Nurbaya binti Yahya dan turut disertai oleh wakil pegawai dari ibu pejabat, MRS Alor Gajah, pegawai dan kakitangan Mahkamah Syariah Daerah Jasin.

Naziran Lokap Jasin Naziran Lokap Jasin Naziran Lokap Jasin
Naziran Lokap Jasin Naziran Lokap Jasin Naziran Lokap Jasin

 

Disediakan Oleh: Ramlah Binti Kassim