Laman Web Rasmi
A- A A+
| A A A A |   Arial | PT Sans | Century |

1akses

Audit Pembudayaan Amalan Hijau Mahkamah Syariah Negeri Melaka Oleh Perbadanan Teknologi Hijau Melaka

07 September 2018 | 26 Zulhijjah 1439H (Jumaat) - Mahkamah Syariah Negeri Melaka telah diaudit oleh Perbadanan Teknologi Hijau Negeri Melaka bagi Pertandingan Anugerah Hijau Melaka untuk kategori Pembudayaan Hijau. Di antara objektif anugerah ini adalah untuk memberi pengiktirafan kepada agensi kerajaan, swasta dan komuniti yang melaksanakan amalan teknologi hijau. Audit dimulakan dengan mesyuarat pembukaan oleh Pengerusi majlis iaitu Tuan Mohd Tarmizi Binti Jaafar dan bacaan doa oleh Encik Muhammad Afiq Bin Abd Samad. Kemudian ucapan alu-aluan oleh Ketua Hakim Syarie MSNM. YAA Datuk Hj. Mohd Radzi Bin Abd Latif. Seterusnya taklimat ringkas disampaikan Ketua Pendaftar MSNM, Tuan Abu Suffian Bin Abu Yaziz. Selesai taklimat, Ketua pasukan audit juga memberikan ucapan mewakili pasukan auditor sebelum mengadakan lawatan kesemua aras. Auditor tersebut terdiri daripada 4 orang iaitu Profesor Madya Juhari Bin Abdul Razak - Pengarah Pusat Kelestarian dan Alam Sekitar UTEM selaku Ketua Pasukan Audit, Puan Nurliana Binti Zainul Adnan - Jurutera PTHM, Puan Intan Hasnida Binti Mawani - Penolong Pegawai Perancang bandar MBMB dan Encik Nor Shahril Bin Saad - Penolong Jurutera MPJ.

Audit Pembudayaan Amalan Hijau Audit Pembudayaan Amalan Hijau
Audit Pembudayaan Amalan Hijau Audit Pembudayaan Amalan Hijau
Audit Pembudayaan Amalan Hijau Audit Pembudayaan Amalan Hijau
Audit Pembudayaan Amalan Hijau AuditAmalanHijau 8

 

Disediakan Oleh: Ramlah Binti Kassim