Laman Web Rasmi
A- A A+
| A A A A |   Arial | PT Sans | Century |

1akses

Naziran lokap Mahkamah Syariah Negeri Melaka (MSNM) oleh Wakil Pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) Putrajaya

07 September 2018 | 26 Zulhijjah 1439H (Jumaat) - Naziran lokap di Ibu Pejabat Mahkamah Syariah Negeri Melaka (MSNM) oleh kumpulan naziran dari Kementerian Dalam Negeri (KDN) Putrajaya yang diketuai oleh Puan Syamzarina Binti Abdul Razak, Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Keselamatan. Mesyuarat dipengerusikan oleh Ketua Hakim Syarie MSNM, YAA Datuk Hj. Mohd Radzi Bin Hj. Abd Latif, bacaan doa dan sedikit taklimat oleh Ketua Pendaftar MSNM, Tuan Abu Suffian Bin Abu Yaziz kemudian pembentangan berkaitan sejarah lokap MSNM oleh Penolong Pengarah Kanan Bahagian sokongan Keluarga (BSK) MSNM, Puan Siti Aishah Binti Kamarudin. Selepas itu, taklimat tujuan naziran oleh Puan Syamzarina. Selesai perkongsian dan soal jawab, lawatan ke lokap dan semakan dokumen PDRM yang bertugas menjaga lokap MSNM bagi tujuan semakan prosedur lokap MSNM yang telah diwartakan. Pihak MSNM juga komited utk menyediakan SOP (Standard Operating Procedure) Lokap yang berteraskan patuh Syariah.

Naziran Lokap Ibu Pejabat MSNM Naziran Lokap Ibu Pejabat MSNM Naziran Lokap Ibu Pejabat MSNM
Naziran Lokap Ibu Pejabat MSNM Naziran Lokap Ibu Pejabat MSNM Naziran Lokap Ibu Pejabat MSNM
Naziran Lokap Ibu Pejabat MSNM Naziran Lokap Ibu Pejabat MSNM Naziran Lokap Ibu Pejabat MSNM

 

Disediakan Oleh: Izzah Hanani Binti Suhaimi