Laman Web Rasmi
A- A A+
| A A A A |   Arial | PT Sans | Century |

1akses

INTERNATIONAL CONVENTION ON QUALITY CONTROL CIRCLE (ICQCC) 2018, SINGAPURA

22-25 Oktober 2018 | 13-16 Safar 1440H (Isnin-Khamis) - Mahkamah Syariah Melaka menyertai Program ICQCC yang berlangsung di Resort World Sentosa, Singapura. Anjuran kali ini mencatat rekod penyertaan lebih 2000 delegasi dari 476 kumpulan inovasi menjadikan saingan anugerah emas bertambah meriah. Penambahan penyertaan sehingga 15 negara menambah prestij kepada konvensyen yang dianjurkan saban tahun. Penyertaan dari negara Malaysia sebanyak 44 kumpulan diselaraskan oleh pihak Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC). Penyertaan Mahkamah Syariah Melaka mempertaruhkan projek CSPenalti atau Cerai Sabit dan Penalti yang dilaksanakan sejak tahun 2016. Kumpulan inovasi Aura Kesidang yang dianggotai oleh Mohamad Ridzuan bin Zainudin, Aisah binti Saleh, Norazita binti Mohd Ali da Norazila binti Mohamad Razali menggalas amanah mempersembahkan projek CSPenalti yang diterjemahkan semula sebagai UDIC (Unlawful Divorce – Its Consequences) selama 20 minit. Lebih memberi semangat lagi adalah kehadiran YAA Datuk Hj Mohd Radzi bin Hj Abd Latif, Ketua Hakim Syarie Melaka dan Ketua Pendaftar, Tuan Abu Suffian bin Abu Yaziz selaku fasilitator kumpulan. Barisan juri dari Singapura, Sri Lanka dan Fiji telah menguji Aura Kesidang dengan soalan keberkesanan projek yang akhirnya mampu dijawab dengan baik. Persiapan awal menterjemah sebanyak 53 slide presentation, skrip berbahasa English dan video sokongan Ketua Menteri Melaka akhirnya dibayar dengan kemenangan anugerah emas. Penyertaan kali ini diharap dapat mencetuskan idea inovasi baru dalam perkhidmatan serta menyuntik semangat kumpulan inovasi lain untuk ke peringkat yang lebih tinggi.

INTERNATIONAL CONVENTION ON QUALITY CONTROL CIRCLE (ICQCC) 2018, SINGAPURA INTERNATIONAL CONVENTION ON QUALITY CONTROL CIRCLE (ICQCC) 2018, SINGAPURA INTERNATIONAL CONVENTION ON QUALITY CONTROL CIRCLE (ICQCC) 2018, SINGAPURA
INTERNATIONAL CONVENTION ON QUALITY CONTROL CIRCLE (ICQCC) 2018, SINGAPURA INTERNATIONAL CONVENTION ON QUALITY CONTROL CIRCLE (ICQCC) 2018, SINGAPURA INTERNATIONAL CONVENTION ON QUALITY CONTROL CIRCLE (ICQCC) 2018, SINGAPURA

INTERNATIONAL CONVENTION ON QUALITY CONTROL CIRCLE (ICQCC) 2018, SINGAPURA

Anugerah Emas International Convention on Quality Control Circle (ICQCC) 2018, Singapura

 

Disediakan Oleh: Mohamad Ridzuan Bin Zainudin