Laman Web Rasmi
A- A A+
| A A A A |   Arial | PT Sans | Century |

1akses

LAWATAN KE PUSAT PENYEMBELIHAN AYAM DI SERKAM, MERLIMAU

09 November 2018 | 01 RabiulAwal 1440H (Jumaat) - Sekretariat MS ISO 1900:2014 Patuh Syariah Mahkamah Syariah Negeri Melaka (MSNM) seramai 12 orang ahli yang diketuai oleh YA Tuan Mohamad Khalid Bin Shaee ,Hakim Mahkamah Tinggi Syariah MSNM telah mengadakan lawatan ke kilang HLRB Processing Sdn.Bhd. Tujuan lawatan ini adalah untuk melihat cara penyembelihan dan pemprosesan ayam yang dilakukan menepati hukum syarak dan standard yang ditetapkan bagi pensijilan halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Setibanya di sana, rombongan peserta telah disambut mesra oleh En.Azizuddin selaku Pegawai Eksekutif Halal HLRB Processing Sdn. Bhd. Turut hadir bersama ialah Datuk Wira Lim Yeow Siong Pengarah Eksekutif HLRB Processing Sdn. Bhd kemudian peserta telah diberikan taklimat ringkas dan sedikit pengenalan berkaitan aktiviti yang dijalankan oleh pihak syarikat. Kemudian peserta telah dibawa melawat ke ruangan penyembelihan ayam. Di sana peserta berpeluang melihat dari mula proses penyembelihan ayam dilakukan sehingga kepada proses pembungkusan untuk diedarkan ke pasaran seluruh Malaysia. Para peserta berpuas hati dengan layanan dan penerangan yang baik daripada pihak syarikat.Semoga lawatan ini memberikan banyak ilmu yang bermanfaat tentang kepentingan dalam isu permakanan seharian kita dan penghasilan produk dari ayam yang mana HLR mempunyai rangkaian pemasaran yang luas.

KilangAyam 1 KilangAyam 2
KilangAyam 3 KilangAyam 4
KilangAyam 5 KilangAyam 6
KilangAyam 7 KilangAyam 8

Disediakan Oleh: Izzah Hanani Binti Suhaimi