Laman Web Rasmi
A- A A+
| A A A A |   Arial | PT Sans | Century |

1akses

PROGRAM MAHABBAH SYAR’IAH (HARI BERTEMU PELANGGAN)

15 November 2018 | 07 RabiulAwal 1440H (Khamis) - Mahkamah Syariah Negeri Melaka (MSNM) menganjurkan program Mahabbah Syar’iah (Hari Bertemu Pelanggan) dengan kerjasama Baitulmal Melaka. Aktiviti program meliputi syariah tour, forum dan pameran. Penyertaan meliputi pelajar sekolah dan institut pengajian tinggi seramai lebih kurang 300 orang. Peserta dibawa menyaksikan simulasi perbicaraan, taklimat sebatan syariah, galeri syariah dan lawatan lokap dengan kerjasama pihak Jabatan Penjara. Antara maklumat yang dikongsikan adalah bidangkuasa Mahkamah Syariah, peranan Hakim Syar’ie dan Enakmen yang berkuatkuasa. Pelajar turut diuji tahap kefahaman melalui kuiz.  

Penyertaan agensi di ruang pameran adalah Baitul Mal Melaka, Jabatan Penjara Negeri Melaka, Jabatan Bantuan Guaman (JBG), Pusat Zakat Melaka, Bahagian Penguatkuasaan Negeri Melaka, Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM), Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka dan pemeriksaan kesihatan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN). Pada sesi jam 2.30 petang, dianjurkan forum yang melibatkan penyertaan kakitangan awam dari 27 agensi sekitar Negeri Melaka. Forum bertajuk “Cinta Jangan Hilang” dijayakan oleh 3 orang ahli panel yang terdiri daripada Ustaz Zulkarnain bin Hamzah, Tuan Mohamad Yusro bin Borhan Nordin (Ketua Penolong Pengarah, Seksyen Rayuan, BPKR, JKSM), Ustaz Fauzi bin Jaafar (Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, Ketua Unit Infaq dan Tijari) dan moderator ialah Ustaz Huzailan bin Hamzah daripada Pejabat Agama Islam Daerah Jasin.

Program Mahabbah Syar’iah (Hari Bertemu Pelanggan) Program Mahabbah Syar’iah (Hari Bertemu Pelanggan) Program Mahabbah Syar’iah (Hari Bertemu Pelanggan)
Program Mahabbah Syar’iah (Hari Bertemu Pelanggan) Program Mahabbah Syar’iah (Hari Bertemu Pelanggan) Program Mahabbah Syar’iah (Hari Bertemu Pelanggan)
Program Mahabbah Syar’iah (Hari Bertemu Pelanggan) Program Mahabbah Syar’iah (Hari Bertemu Pelanggan) Program Mahabbah Syar’iah (Hari Bertemu Pelanggan)
Program Mahabbah Syar’iah (Hari Bertemu Pelanggan) Program Mahabbah Syar’iah (Hari Bertemu Pelanggan) Program Mahabbah Syar’iah (Hari Bertemu Pelanggan)

Disediakan Oleh: Siti Aishah Binti Kamarudin

Mahkamah Syariah Negeri Melaka (MSNM) menganjurkan program Mahabbah Syar’iah (Hari Bertemu Pelanggan) dengan kerjasama Baitulmal Melaka. Aktiviti program meliputi syariah tour, forum dan pameran. Penyertaan meliputi pelajar sekolah dan institut pengajian tinggi seramai lebih kurang 300 orang. Peserta dibawa menyaksikan simulasi perbicaraan, taklimat sebatan syariah, galeri syariah dan lawatan lokap dengan kerjasama pihak Jabatan Penjara. Antara maklumat yang dikongsikan adalah bidangkuasa Mahkamah Syariah, peranan Hakim Syar’ie dan Enakmen yang berkuatkuasa. Pelajar turut diuji tahap kefahaman melalui kuiz. 

Penyertaan agensi di ruang pameran adalah Baitul Mal Melaka, Jabatan Penjara Negeri Melaka, Jabatan Bantuan Guaman (JBG), Pusat Zakat Melaka, Bahagian Penguatkuasaan Negeri Melaka, Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM), Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka dan pemeriksaan kesihatan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).

Pada sesi jam 2.30 petang, dianjurkan forum yang melibatkan penyertaan kakitangan awam dari 27 agensi sekitar Negeri Melaka. Forum bertajuk “Cinta Jangan Hilang” dijayakan oleh 3 orang ahli panel yang terdiri daripada Ustaz Zulkarnain bin Hamzah, Tuan Mohamad Yusro bin Borhan Nordin (Ketua Penolong Pengarah, Seksyen Rayuan, BPKR, JKSM), Ustaz Fauzi bin Jaafar (Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, Ketua Unit Infaq dan Tijari) dan moderator ialah Ustaz Huzailan bin Hamzah daripada Pejabat Agama Islam Daerah Jasin.