Laman Web Rasmi
A- A A+
| A A A A |   Arial | PT Sans | Century |

1akses

Majlis Makan Malam Tautan Kasih dan Jasamu Dikenang

11 Januari 2019 | 5 Jamadil Awal 1440H (Jumaat) - Avillion Legacy Hotel Melaka. Majlis Makan Malam Tautan Kasih dan Jasamu Dikenang disambut gembira oleh warga Mahkamah Syariah Negeri Melaka. Majlis yang bertempat di ballroom Avillion Legacy dianjurkan dengan kerjasama pihak Jabatan dan Kelab Sukan, Kebajikan dan Rekrasi. Penganjuran ini bertujuan meraikan Yang Arif Datuk Hj. Mohd Radzi bin Hj. Abd Latif yang kini telahpun bertugas sebagai Hakim Mahkamah Rayuan Syariah di Putrajaya. Turut diraikan adalah kakitangan yang telahpun bertukar ataupun bersara. Majlis pada malam tersebut dimeriahkan lagi dengan konsep “Kesultanan Melaka” dari sudut penggunaan bahasa dan juga pakaian. Sambutan yang diberikan oleh pegawai dan kakitangan Mahkamah Syariah Negeri Melaka amat mengujakan, bermula dengan iringan Yang Arif Datuk Hj. Mohd Radzi oleh hulubalang Melaka dari ruangan lobby hotel, Yang Arif dan keluarga kemudiannya disambut oleh semua pegawai dan kakitangan dengan sorakan dari luar banquet hall sebelum mengambil tempat di meja utama.

        Pembacaan gurindam Melayu oleh pengacara majlis, En. Fadil bin Duamit diiringi back drop berlatar belakang istana Melaka telah berjaya meletakkan mood hadirin ke zaman lampau. Hadirin jelas berpuashati dengan ucapan Pengerusi Kelab Sukan, Tuan Amirrudin bin Abdul Latip serta Ucapan Ketua Hakim Syarie yang diselangi dengan pantun dan bahasa istana. Yang Arif Datuk Hj. Mohd Radzi telah berkongsi pengalaman pahit manis sepanjang berkhidmat di Melaka dan berkesempatan menyisipkan beberapa petua berorganisasi. Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada pakaian terbaik yang digondol oleh En Muhmmad Afiq Bin Samat selaku Hang Jebat dan Pn Norazita binti Mohd Ali sebagai Dang Anum. Pemakaian kostum zaman silam berjaya menyerlahkan sisi kreatif dan inovatif pegawai serta kakitangan Mahkamah. Selain tengkolok, tekua, sampin dan kain selubung, keris dan golok juga disisip rapi seperti hulubalang Melaka lagaknya. Kemeriahan jelas kelihatan sehingga acara terakhir iaitu mengabadikan potret beramai-ramai seumpama satu keluarga. Secara jelas, matlamat Kelab Sukan untuk menghimpunkan kakitangan yang telah bersara dan berpindah dalam satu majlis yang akan dikenang-kenang telahpun tercapai.

Majlis Makan Malam Tautan Kasih dan Jasamu Dikenang Majlis Makan Malam Tautan Kasih dan Jasamu Dikenang Majlis Makan Malam Tautan Kasih dan Jasamu Dikenang

Disediakan Oleh: Mohamad Ridzuan Bin Zainudin