Laman Web Rasmi
A- A A+
| A A A A |   Arial | PT Sans | Century |

1akses

Lawatan Kerja YAA KHS MSNM Ke Mahkamah Rendah Syariah Daerah Alor Gajah

23 Januari 2019 | 17 Jamadil Awal 1440H (Rabu) - Bersempena kemasukan tahun baharu 2019, YAA Tuan Mohd Nadzri Bin Abdul Rahman, Ketua Hakim Syarie Negeri Melaka telah mengadakan lawatan kerja ke Mahkamah Rendah Syariah Daerah Alor Gajah. Turut hadir pegawai dari kumpulan pengurusan tertinggi Mahkamah Syariah Negeri Melaka yang terdiri daripada YA Tuan Ahmad Bin Lakim, Hakim Kanan Mahkamah Tinggi Syariah, Tuan Abu Suffian Bin Abu Yaziz, Ketua Pendaftar, Tuan Shukeri Najib Bin Ab Rahim, Hakim Kanan Mahkamah Rendah Syariah dan Tuan Mohamad Ridzuan Bin Zainudin, Pegawai Penyelidik Kanan. Ini merupakan lawatan pertama sejak YAA Tuan Mohd Nadzri Bin Abdul Rahman menjawat jawatan Ketua Hakim Syarie Negeri Melaka. Sepanjang lawatan, YAA Tuan Mohd Nadzri Bin Abdul Rahman diberikan taklimat tentang Mahkamah Syariah Alor Gajah oleh Tuan Amirrudin Bin Abdul Latip, selaku Hakim Syarie Daerah. Turut dibentangkan dalam taklimat tersebut, adalah rancangan pembinaan bangunan Mahkamah Daerah yang baharu, isu waran perjawatan kakitangan dan lain-lain isu pengurusan Mahkamah Rendah Syariah Daerah Alor Gajah. 
              Dalam sesi ucapan, YAA Tuan Mohd Nadzri Bin Abdul Rahman menyeru agar semua warga kerja Mahkamah Syariah terus memberikan komitmen yang terbaik dalam menjalankan tugas dan mematuhi kepada arahan ketua pentadbiran mahupun pegawai atasan. Kehadiran YAA bersama pengurusan tertinggi ke Alor Gajah telah memberi peluang kepada warga Mahkamah Syariah untuk berkenalan dan beramah mesra dengan pihak pengurusan. Secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi silaturahim diantara kakitangan. 

Lawatan Kerja YAA KHS Negeri Melaka Ke Mahkamah Rendah Syariah Daerah Alor Gajah Lawatan Kerja YAA KHS Negeri Melaka Ke Mahkamah Rendah Syariah Daerah Alor Gajah Lawatan Kerja YAA KHS Negeri Melaka Ke Mahkamah Rendah Syariah Daerah Alor Gajah

Disediakan Oleh: Mohd Hafiidz Bin Azman