Laman Web Rasmi
A- A A+
| A A A A |   Arial | PT Sans | Century |

1akses

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kerajaan Negeri Melaka

29 Januari 2019 | 23 Jamadil Awal 1440H (Selasa) - Kerajaan Negeri Melaka telah memberikan pengiktirafan kepada pegawai dan kakitangan di bawah kelolaan Jabatan Ketua Menteri Melaka di dalam suatu Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kerajaan Negeri Melaka. Majlis tersebut diadakan bagi memberikan penghargaan atas kecemerlangan pegawai dan kakitangan yang telah menunjukkan prestasi yang cemerlang pada tahun 2018. Pegawai dan Kakitangan Mahkamah Syariah Negeri Melaka juga telah terpilih di dalam Majlis Penganugerahan tersebut iaitu:

1) Tuan Abu Suffian Bin Abu Yaziz - Ketua Pendaftar MSNM
2) Encik Baharuddin Bin Gappar - Penolong Pegawai Tadbir
3) Puan Shahmizah Binti Sahad - Pembantu Perpustaakaan
4) Puan Zetti Binti Zainal - Pembantu Syariah
5) Encik Fauzi bin Kadim - Penghantar Notis

Majlis Penganugerahan tersebut telah berlangsung di Dewan Seri Negeri dan telah disempurnakan oleh YAB Tuan Adly Bin Zahari, Ketua Menteri Melaka. Diharapkan agar kecemerlangan tersebut dapat diteruskan dan menjadi pemangkin kepada pegawai dan kakitangan yang lain. Tahniah diucapkan kepada semua penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2018.

 

Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2018
Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2018

Disediakan Oleh: Baharuddin Bin Gappar