Laman Web Rasmi
A- A A+
| A A A A |   Arial | PT Sans | Century |

1akses

BENGKEL NOTA KETERANGAN 2019

1 Mac 2019 | 24 Jamadil Akhir 1440H (Jumaat) - Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR CREaTE, Simpang Ampat, Alor Gajah, Melaka. Bengkel Nota Keterangan 2019, telah berjaya dianjurkan oleh gabungan Unit Dasar dan Penyelidikan serta Unit Rayuan MSNM. Bengkel yang dianjurkan pertama kali di CREaTE telah dirasmikan oleh YAA Tn Mohd Nadzri Bin Abdul Rahman, Ketua Hakim Syarie Melaka serta kata aluan oleh Ketua Pendaftar MSNM, Tuan Abu Sufian bin Abu Yaziz. Seramai 16 peserta terdiri daripada pihak pengurusan, pegawai dan kakitangan telah mengorbankan waktu cuti hujung minggu untuk menjayakan bengkel tersebut. Persekitaran CREaTE yang selesa dan kondusif, telah banyak membantu melancarkan gerakerja yang berlangsung di makmal komputer Petabyte yang canggih sehingga selesai. Pihak MSNM mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada pihak JKR yang memberikan kerjasama yang amat baik sebelum dan semasa bengkel berlangsung. Begitu juga dengan kesungguhan yang ditunjukkan oleh peserta bengkel dari jam 4.00 petang 1 Mac hingga jam 1.00 petang 3 Mac 2019. Semoga semangat dan kerjasama yang dipamerkan oleh semua pihak, akan dapat menghasilkan impak sepertimana yang diingini.

Bengkel Nota Keterangan 2019 Bengkel Nota Keterangan 2019 Bengkel Nota Keterangan 2019
Bengkel Nota Keterangan 2019 Bengkel Nota Keterangan 2019 Bengkel Nota Keterangan 2019

Disediakan Oleh: Mohamad Ridzuan Bin Zainudin