Laman Web Rasmi
A- A A+
| A A A A |   Arial | PT Sans | Century |

1akses

MESYUARAT JAWATANKUASA PELAKSANA MS1900:2014 BIL.1 TAHUN 2019

20 Februari 2019 | 15 Jamadil Akhir 1440H (Rabu) - Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana MS1900:2014 bil.1 2019 telah diadakan di bilik Mesyuarat Saidina Umar, MSNM. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Tuan Abu Suffian Bin Abu Yaziz, Ketua Pendaftar MSNM dan dihadiri oleh semua ahli jawatankuasa pelaksana. Antara agenda yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut ialah pembentangan laporan mesyuarat menjawab OFI pematuhan SIRIM MS1900:2014 dan perancangan program-program MS 1900:2014 Tahun 2019 yang akan dilaksanakan. Setiap jawatankuasa juga telah membentangkan laporan masing-masing.

Pengerusi mengingatkan supaya setiap jawatankuasa membuat persediaan bermula sekarang dan saling bekerjasama ke arah pengauditan SIRIM bagi tahun 2019 yang dijangka pada Jun 2019 dan juga menjayakan setiap program patuh syariah. Diharapkan jawatankuasa yang dilantik dapat mengekalkan pensijilan serta membuat penambahbaikan terhadap teguran yang dibuat oleh pihak SIRIM. Selain itu, jawatankuasa diminta diberi perhatian terhadap bengkel pemurnian dokumentasi dan bengkel pelupusan al-Quran serta proses pensijilan halal kantin. Setiausaha jawatankuasa pelaksana turut membentangkan perkembangan segala aktiviti yang berjalan mengikut carta perbatuan yang dirancangkan. Jawatankuasa pada kali ini yang terdiri daripada muka baru akan berusaha untuk menjadikan MSNM sebagai pelopor didalam segala program Patuh Syariah sesuai dengan slogan dan kriteria baru iaitu iaitu berwibawa.

Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana MS1900:2014 Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana MS1900:2014 Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana MS1900:2014

Disediakan Oleh: Izzah Hanani Binti Suhaimi