Laman Web Rasmi
A- A A+
| A A A A |   Arial | PT Sans | Century |

1akses

PERBINCANGAN BERKAITAN JALINAN KERJASAMA ANTARA MAHKAMAH SYARIAH NEGERI MELAKA (MSNM) DAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)

26 Februari 2019 | 21 Jamadil Akhir 1440H (Selasa) - MSNM telah menerima kunjungan daripada Y.Bhg. Prof. Madya Dr.Zaini Bin Nasohah, Pensyarah Kanan Jabatan Pusat Fiqh Kontemporari dan Pematuhan Syariah, UKM. Kunjungan bertujuan untuk membincangkan bagi mengadakan memorandum perjanjian (MoA) atau memorandum persefahaman (MoU) antara MSNM dan UKM berikutan daripada LOI (Letters of Intention) yang telah ditandatangani pada 27 April 2016. Perbincangan ini dipengerusikan oleh YAA Tuan Mohd Nadzri Bin Abdul Rahman, Ketua Hakim Syarie MSNM dan turut disertai oleh Tuan Abu Suffian Bin Abu Yaziz, Ketua Pendaftar MSNM, YM Tuan Raja Mazlan bin Raja Deraman, Penasihat Undang-Undang (Syariah) Melaka, wakil Pegawai Penyelidik MSNM dan urusetia daripada Unit Sulh.

Perkara yang dibincangkan adalah bagi memperincikan butiran keperluan yang menjadi asas kepada kerjasama di antara pihak MSNM dan UKM. Di antara butiran kerjasama yang dipersetujui adalah meliputi bidang keilmuan, pendidikan, penyelidikan, latihan bagi pegawai dan pelajar, memperkasakan Mahkamah Syariah dan unit Sulh serta penggunaan fasiliti bagi kebaikan kedua-dua belah pihak. Tindakan selanjutnya adalah bagi kedua-dua pihak membincangkan terma yang dipersetujui di peringkat negeri dan universiti. Diharapkan kerjasama dan hubungan baik diantara MSNM dan UKM akan terus berkekalan seterusnya mengangkat sistem Kehakiman dan Perundangan Syariah di Melaka mahupun di peringkat nasional.

Perbincangan Berkaitan Jalinan Kerjasama MSNM Dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Perbincangan Berkaitan Jalinan Kerjasama MSNM Dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Perbincangan Berkaitan Jalinan Kerjasama MSNM Dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Perbincangan Berkaitan Jalinan Kerjasama MSNM Dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Perbincangan Berkaitan Jalinan Kerjasama MSNM Dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Perbincangan Berkaitan Jalinan Kerjasama MSNM Dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Disediakan Oleh: Izzah Hanani Binti Suhaimi