Laman Web Rasmi
A- A A+
| A A A A |   Arial | PT Sans | Century |

1akses

AUDIT PENSIJILAN HALAL KAFETARIA MAHKAMAH SYARIAH NEGERI MELAKA (MSNM)OLEH BAHAGIAN HALAL JABATAN AGAMA ISLAM MELAKA (JAIM)

4 Mac 2019 | 27 Jamadil Akhir 1440H (Isnin) - Auditor dari Bahagian Halal JAIM telah membuat pengauditan kepada kafetaria Sari Unggul MSNM pada 4 Mac 2019 yang lepas sebagai proses untuk mendapatkan pensijilan halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Auditor yang menjalankankan pengauditan itu seramai dua orang iaitu Puan Siti Nawani Binti Atan dan Encik Mohammad Fahmi Bin Md Jamat. Pengauditan dimulakan dengan pemeriksaan lapangan di kawasan dalam dapur di mana auditor telah membuat pemeriksaan kebersihan seperti pekakas, peralatan dapur dan bahan-bahan masakan, semakan tanda halal pada bahan ramuan makanan dan minuman yang dijual terutama pada bahan ramuan kritikal seperti ayam, daging, paru, tauhu, kordial dan lain-lain. Kemudian pemeriksaan turut dijalankan diluar kawasan dapur termasuk tempat penyimpanan perkakasan memasak dan menu yang dipaparkan.

Selesai pemeriksaan lapangan dilakukan, auditor membuat sedikit soal jawab bersama pengurus kafetaria iaitu Puan Sarinah Binti Md Irham. Turut membantu sepanjang pengauditan berjalan sehingga selesai ialah Ketua Pendaftar MSNM,Tuan Abu Suffian Bin Abu Yaziz dan Pegawai Pematuhan Syariah MSNM iaitu Cik Puan Izzah Hanani Binti Suhaimi, Pegawai Sulh MSNM serta Encik Zainal Abidin Bin Mohd Hidzir, Penolong Pegawai Syariah (Unit Rekod). Hasil pemeriksaan pengauditan, terdapat beberapa laporan ketidakpatuhan (NCR) yang telah ditemui dan perlu dibuat penambahbaikkan segera iaitu perlu dilaksanakan dalam tempoh 5 hari dari tarikh pengauditan.

Penambahbaikkan pada perkara NCR tersebut telah diambil tindakan segera termasuk membuat jawapan bertulis dan dihantar kembali kepada bahagian halal JAIM. Tempoh tindakan penambahbaikan segera yang dibuat diharap memenuhi keperluan dan kriteria oleh ahli Jawatankuasa Pensijilan halal Negeri Melaka yang akan bermesyuarat dalam tempoh terdekat. Semoga usaha murni pihak pengusaha kafeteria, Sekretariat Patuh Syariah dan seluruh warga MSNM akan beroleh pensijilan Halal seterusnya menjadikan kafeteria MSNM diyakini dalam penyediaan juadah dan makanan yang bersih lagi halal.

Audit Pensijilan Halal Kafetaria MSNM Oleh Bahagian Halal JAIM Audit Pensijilan Halal Kafetaria MSNM Oleh Bahagian Halal JAIM Audit Pensijilan Halal Kafetaria MSNM Oleh Bahagian Halal JAIM
Audit Pensijilan Halal Kafetaria MSNM Oleh Bahagian Halal JAIM Audit Pensijilan Halal Kafetaria MSNM Oleh Bahagian Halal JAIM Audit Pensijilan Halal Kafetaria MSNM Oleh Bahagian Halal JAIM

Disediakan Oleh: Izzah Hanani Binti Suhaimi