Laman Web Rasmi
A- A A+
| A A A A |   Arial | PT Sans | Century |

1akses

Majlis Amanat Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia

24 April 2019 | 18 Syaaban 1440H (Selasa) - MSNM telah menerima kunjungan YAA Dato’ Dr Hj. Mohd Na’im Mokhtar dalam siri lawatan ke Mahkamah Syariah. Majlis telah dihadiri oleh pegawai dan kakitangan MSNM bagi mendengar hala tuju JKSM dibawah pentadbiran Ketua Pengarah JKSM yang keempat. Antara intipati yang disampaikan oleh Ketua Pengarah adalah mengajak kesemua anggota MSNM untuk kerja bersama beliau. Melakukan reformasi cara kerja dan menjayakan transformasi pentadbiran kearah kebaikan. Mahkamah Syariah perlu lebih banyak inovasi bagi memenuhi kehendak pelanggan.

Perkara tersebut penting kerana Mahkamah Syariah adalah pemegang obor Islam dan Syariat. Seiring dengan hasrat kerajaan bagi memperlihatkan Islam sebagai ‘Rahmatan Lil Alamin’, Mahkamah Syariah perlu memelihara Maqasid sehingga mampu menjadi model kepada negara lain. Kesemua hasrat ini tidak akan tercapai secara berseorangan. MSNM mengambil kesempatan kunjungan Ketua Pengarah ini, dengan upacara perasmian Tempat Kerja Mesra ibu dan penyampaian Sijil Pengesahan Halal kafetaria MSNM. Turut hadir adalah Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka dan Ketua Pendakwa Syarie Negeri Melaka.

Majlis Amanat Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM Majlis Amanat Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM Majlis Amanat Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM

Disediakan Oleh: Mohamad Ridzuan Bin Zainudin