Laman Web Rasmi
A- A A+
| A A A A |   Arial | PT Sans | Century |

1akses

Majlis Penyampaian Sijil Halal Kepada Sari Unggul Enterprise Kafetaria MSNM

24 April 2019 | 18 Syaaban 1440H (Rabu) - Majlis penyampaian dan gimik pelancaran sijil halal Sari Unggul Enterprise Kafetaria MSNM telah berlangsung pada 24 April 2019 bertempat di Dewan Banquet MSNM atas kejayaan kafetaria tersebut memperolehi pensijilan Halal Malaysia yang telah diluluskan oleh Panel Pengesahan Halal Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) pada 2 April 2019 yang lepas. 

Majlis dimulakan dengan penyerahan sijil halal oleh YBhg Tuan Md Azhan Bin Samat, Pengarah JAIM kepada YAA Dato’ Dr. Hj. Mohd Na’im Bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM). Majlis ini diadakan sempena kehadiran YAA Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM ke Kompleks MSNM untuk menyampaikan amanat kepada warga MSNM. Penyampaian sijil tersebut turut diiringi oleh YAA Tuan Mohd Nadzri Bin Abdul Rahman, Ketua Hakim Syarie MSNM, Tuan Abu Suffian Bin Abu Yaziz, Ketua Pendaftar MSNM, Pegawai-pegawai pematuhan Syariah MS1900:2014 iaitu Cik Puan Izzah Hanani Binti Suhaimi ,Pegawai Syariah (Unit Sulh) MSNM, Encik Zainal Abidin Bin Mohd Hidzir, Penolong Pegawai Syariah (Unit Rekod) dan Encik Abdul Karim Bin Ibrahim, Pembantu Syariah (Unit Rekod) serta Puan Sarinah Binti Md Irham ,Pengusaha Kafetaria. Turut hadir memeriahkan majlis ialah Ketua Penolong Pengarah Bahagian Halal JAIM, Puan Noorhafizah Binti Ibrahim dan Penolong Ketua Pengarah Bahagian Halal JAIM, Puan Sarah Nuur Farhanah binti Kamaruddin.

Selesai majlis penyerahan sijil, gimik pelancaran pensijilan halal dibuat dengan diiringi tayangan montaj. YAA Dato’ Dr. Hj. Mohd Na’im Bin. Hj. Mokhtar mengucapkan tahniah kepada warga MSNM kerana Persijilan Halal ini adalah merupakan Kafeteria PERTAMA Mahkamah Syariah di Malaysia yang telah memperolehi Persijilan Halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan perkara ini juga satu usaha inovasi yang baik daripada warga MSNM dan memberi semangat yang sama kepada Mahkamah Syariah Negeri/Jabatan Kehakiman Syariah Negeri dalam melaksanakan program Patuh Syariah. Di samping itu program Pensijilan Halal kepada kafeteria ini merupakan salah satu pelaksanaan Patuh Syariah di bawah standard MS 1900:2014 yang mana MSNM dalam tempoh pensijilan 2017 hingga 2020. Tahniah dan Syabas kepada semua yang terlibat.

Majlis Penyampaian Sijil Halal Kepada Sari Unggul Enterprise Kafetaria MSNM Majlis Penyampaian Sijil Halal Kepada Sari Unggul Enterprise Kafetaria MSNM Majlis Penyampaian Sijil Halal Kepada Sari Unggul Enterprise Kafetaria MSNM
Majlis Penyampaian Sijil Halal Kepada Sari Unggul Enterprise Kafetaria MSNM Majlis Penyampaian Sijil Halal Kepada Sari Unggul Enterprise Kafetaria MSNM Majlis Penyampaian Sijil Halal Kepada Sari Unggul Enterprise Kafetaria MSNM

Disediakan Oleh: Izzah Hanani Binti Suhaimi