Laman Web Rasmi
A- A A+
| A A A A |   Arial | PT Sans | Century |

1akses

Perasmian Bilik Inisiatif Tempat Kerja Mesra Ibu

24 April 2019 | 18 Syaaban 1440H (Selasa) - Telah berlangsungnya Majlis Penyampaian Amanat YAA Dato’ Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) bersama warga Mahkamah Syariah Negeri Melaka (MSNM) bertempat di dewan Banquet. YAA Dato’ Dr. Hj. Mohd Na’im Bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM juga telah merasmikan Bilik Inisiatif Tempat Kerja Mesra Ibu MSNM.

Majlis ini diadakan selepas Exco Wanita, Kebajikan dan Pembangunan Luar Bandar Negeri Melaka YB Puan Ginie Lim Siew Lin melancarkan Bilik Inisiatif Tempat Kerja Mesra Ibu bagi negeri melaka pada 27 Ogos 2018 dengan beberapa jabatan/agensi menandatangani perjanjian persefahaman mewujudkan bilik tersebut termasuk Mahkamah Syariah Negeri Melaka (MSNM).
Setiap agensi diberikan tempoh 3 bulan bagi menyiapkan tempat tersebut seperti kriteria yang telah digariskan oleh pihak Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Melaka (PPWNM).

Pada 25 mac 2019, para penilai yang terdiri daripada PPWN dan Jabatan Kesihatan Negeri Melaka telah hadir memeriksa, memberikan pandangan, panduan dan penambahbaikan terhadap bilik inisiatif yang telah disediakan oleh MSNM. Hasil daripada kunjungan penilaian tersebut, YB Puan Ginie Lim Siew Lin telah menyampaikan sijil pengiktirafan bilik inisiatif kepada 16 jabatan/agensi termasuk MSNM di Melaka Sentral pada 5 April 2019.

Pengiktirafan yang diberikan tersebut menjadikan bilik inisiatif tempat kerja mesra ibu di bawah MSNM adalah merupakan Bilik Inisiatif Tempat Kerja Mesra Ibu PERTAMA Mahkamah Syariah di Malaysia. Pengiktirafan ini diperolehi hasil sokongan YAA Tuan Mohd Nazri bin Abdul Rahman Ketua Hakim Syarie MSNM dan seluruh warga MSNM serta menyahut dasar kerajaan untuk mengutamakan Maqasid Syariah terutama yang melibatkan pelanggan MSNM dan warga MSNM sendiri.

Perasmian Bilik Inisiatif Tempat Kerja Mesra Ibu Perasmian Bilik Inisiatif Tempat Kerja Mesra Ibu
Perasmian Bilik Inisiatif Tempat Kerja Mesra Ibu Perasmian Bilik Inisiatif Tempat Kerja Mesra Ibu

Disediakan Oleh: Aishah Binti Kamarudin