Laman Web Rasmi
A- A A+
| A A A A |   Arial | PT Sans | Century |

1akses

Taklimat Oleh Wakil Jabatan Insolvensi Malaysia Cawangan Melaka

26 April 2019 | 20 Syaaban 1440H (Jumaat) - Telah berlangsung satu Taklimat Peranan dan Fungsi Jabatan Insolvensi Malaysia bertempat di Bilik Mesyuarat Saidina Umar, Aras 4, Mahkamah Syariah Negeri Melaka jam 3.00 petang. Pengarah Insolvensi Malaysia Cawangan Negeri Melaka Puan Faizah Nor Binti Randeran bersama dua pegawai iaitu Tuan Miftahul Jannah Bin Junaidi dan Puan Farhana Binti Kamaruddin telah hadir memberikan taklimat berkongsi peranan jabatan insolvensi Malaysia. Majlis ini dipengerusikan oleh YA Hakim Kanan Mahkamah Tinggi Syariah MSNM iaitu Tuan Ahmad Bin Lakim. Diantara mereka yang terlibat di pihak MSNM adalah YA Tuan Mohammad Khalid bin Shaei (Hakim MTS), Tuan Abu Suffian Bin Abu Yaziz (Ketua Pendaftar), Hakim-hakim MRS, Pegawai-pegawai Sulh, Pegawai dan Kakitangan BSK MSNM dan Penolong Pendaftar.

Hasil taklimat ini, Hakim dan Pegawai MSNM lebih jelas berkenaan dengan fungsi Jabatan Insolvensi serta isu-isu yang menjadi pertikaian pihak-pihak yang terlibat dengan kes-kes di Mahkamah Syariah. Di samping dapat mengeratkan lagi tali silaturrahim diantara kedua-dua jabatan.

Taklimat Insolvensi Taklimat Insolvensi Taklimat Insolvensi
Taklimat Insolvensi Taklimat Insolvensi Taklimat Insolvensi
Taklimat Insolvensi Taklimat Insolvensi Taklimat Insolvensi

Disediakan Oleh: Izzah Hanani Binti Suhaimi