Laman Web Rasmi
A- A A+
| A A A A |   Arial | PT Sans | Century |

1akses

Temuduga Peguam Syarie Negeri Melaka

17-18 Jun 2019 | 13-14 Syawal 1440H  – Sesi temuduga peguam syarie telah diadakan di Aras 4, Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Melaka selama dua hari berturut-turut. Calon peguam syarie yang hadir adalah seramai 68 orang dari seluruh negara. Terdahulu calon ini disaring melalui peperiksaan bertulis yang telah diadakan pada 25 April 2019. Dari kesemua calon, terdapat 37 orang peguam syarie yang telah memperolehi Sijil Amalan Peguam Syarie daripada negeri lain.

Panel Penemuduga adalah terdiri daripada Ketua Hakim Syarie Mahkamah Syariah Negeri Melaka, Yang Amat Arif Tuan Mohd Nadzri Bin Hj Abdul Rahman, Sahibus Samahah Datuk Hj Abdul Halim BinTawil Mufti Kerajaan Negeri Melaka, YA Tuan Ahmad Bin Lakim, Hakim Kanan Mahkamah Tinggi Syariah, Sahibul Fadhilah Tuan Hj Hazaruddin Bin Baharuddin, Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Melaka, YM Tuan Raja Mazelan Bin Raja Deraman, Penasihat Undang-Undang Syariah Negeri Melaka, Tuan Abu Suffian Bin Abu Yaziz, Ketua Pendaftar Mahkamah Syariah Negeri Melaka, Tuan Azmi Bin Ibrahim, Pengarah Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Melaka, Tuan Mohd Ridzuan Bin Zainudin, Pegawai Penyelidik Ketua Hakim Syarie dan Puan Aisah binti Saleh, Hakim Mahkamah Rendah Syariah Daerah Jasin Melaka.

Panel yang dilantik juga adalah terdiri daripada barisan peguam syarie negeri Melaka iaitu Tuan Hj Mohd Adli Bin Ithnin daripada Tetuan Adli & Co yang merupakan Pengerusi Persatuan Peguam Syarie Negeri Melaka, Ybhg Datin Rosfinah Binti Dato Rahmat daripada Tetuan Rosfinah & Co selaku Timbalan Pengerusi Persatuan Peguam Syarie Negeri Melaka dan Peguam-Peguam Syarie Kanan Negeri Melaka iaitu Ybhg Datin Zalina Binti Zainuddin dari Tetuan Zalina Chan Lim & Associates dan Puan Kartini Binti Yusoh dari Tetuan Kartini & Co.

Sesi temuduga yang dijalankan adalah bertujuan untuk membuat saringan calon peguam syarie yang berkelayakan untuk diterima masuk dan didaftar sebagai Peguam Syarie Negeri Melaka selaras dengan peruntukan Seksyen 68 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Melaka 2002.

Interview Peguam Syarie 2019 Interview Peguam Syarie 2019 Interview Peguam Syarie 2019
Interview Peguam Syarie 2019 Interview Peguam Syarie 2019 Interview Peguam Syarie 2019
Interview Peguam Syarie 2019 Interview Peguam Syarie 2019 Interview Peguam Syarie 2019

Disediakan Oleh: Aisah Binti Saleh

FaLang translation system by Faboba