Laman Web Rasmi
A- A A+
| A A A A |   Arial | PT Sans | Century |

1akses

Seminar Kebangsaan Harta Pusaka, Wasiat, Hibah, Wakaf Dan Harta Sepencarian – Isu Dan Halatuju Mahkamah Syariah Negeri Melaka 2019

22 Jun 2019 | 18 Syawal 1440H (Sabtu) – Seminar pada peringkat kebangsaan ini telah berjaya berlangsung di Auditorium Masjid Al-Azim, Negeri Melaka. Penganjuran buat pertama kali ini adalah dengan kerjasama Mahkamah Syariah Negeri Melaka (MSNM) Persatuan Peguam Syarie Malaysia Cawangan Negeri Melaka serta Kelab Kebajikan Sukan Dan Rekreasi Mahkamah Syariah Negeri Melaka. 

Jemputan dibuka kepada semua pengamal undang-undang, terdiri daripada Majlis Agama Islam Negeri Melaka, Jabatan Kehakiman Syarian negeri-negeri, Jabatan Mufti, pejabat agama, jabatan pendakwaan, pejabat penasihat undang-undang negeri, pejabat tanah dan galian dan banyak lagi. Dari institusi kewangan seperti ARB, KWSP, PNB serta bank dan agensi yang melibatkan hartanah dan pemilikan. Manakala dalam sektor pendidikan, pihak penganjur juga menjemput peserta dari IPT, kolej dan orang awam. Kehadiran Ketua Hakim Syarie Negeri Pahang dan Terengganu serta peserta dari Brunei, Sabah dan Serawak telah menjadikan seminar telah dapat dimanfaatkan oleh pengamal undang-undang dari luar negeri Melaka.

Penganjuran ini, bertujuan memberi pencerahan tentang fungsi, atau bidangkuasa agensi-agensi yang melibatkan pemilikan umat islam. pengkhususan diberi pada isu berkaitan harta pusaka, wasiat, hibah, wakaf dan harta sepencarian. Selain dari itu, matlamat seminar ini adalah memberi peluang kepada peserta untuk menzahirkan masalah setempat, berbincang dan memberi cadangan penyelesaian terhadap isu-isu berkaitan harta dan pemilikan.

Seminar waktu pagi, dimulakan dengan pembentangan kertas kerja pertama oleh Tuan Abu Suffian bin Abu Yaziz, Ketua Pendaftar MSNM bertajuk “Mahkamah Syariah, Agensi Kompeten dan Berwibawa Kes-Kes Harta Pusaka, Wasiat, Hibah, Wakaf dan Harta Sepencarian”. Disusuli dengan ucaptama oleh Yang Amat Arif Tuan Mohd Nazri bin Haji Abdul Rahman, Ketua Hakim Syarie Negeri Melaka.

Sesi pembentangan kedua diteruskan dengan kertas bertajuk “Isu-Isu Keberkesanan Perintah-Perintah Mahkamah Syariah di Pejabat Tanah/Pusaka Kecil” oleh Tuan Haji Mohiddin Bin Md Omar Ketua Penolong Pengarah, Unit Pusaka Kecil, JKPTG Negeri Perak. Sebelum sesi rehat sebelah petang, pembentangan kertas kerja ketiga bertajuk “Pengurusan dan Bidangkuasa Kes Harta Pusaka: Tersurat atau Tersirat – Tanggapan atau Realiti” disampaikan oleh YA Tuan Ahmad Bin Lakim Hakim Kanan Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Melaka.

Manakala pada sesi petang diadakan forum bertajuk “Isu dan Resolusi Kes-Kes Harta Pusaka, Wasiat, Hibah, Wakaf dan Harta Sepencarian”. Forum yang dipengerusikan oleh Tuan Muhamad Yusro Bin Borhan Nordin dari JKSM ini membariskan ahli panel Dato’ Dr. Abu Bakar Bin Aboo Hassan, Pakar Faraid Dan SME EFaraid JKSM, Tuan Adli Bin Ithnin, Pengerusi Persatuan Peguam Syarie Malaysia Negeri Melaka dan Tuan Haji Mohiddin Bin Md Omar Ketua Penolong Pengarah, Unit Pusaka Kecil, JKPTG Negeri Perak. Kemuncak seminar adalah Majlis Perasmian Penutupan yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Wira Omar bin Jaafar, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka.

Susulan dari seminar ini, beberapa resolusi yang konkrit, komprehensif dan inklusif bagi menangani isu harta pusaka, wasiat, hibah, wakaf dan harta sepencarian akan dirangka dan dikongsikan bersama semua agensi yang terlibat. Penganjuran ini, meskipun kali pertama tetapi telah memperlihatkan kejayaan sehingga terdapat cadangan untuk melanjutkan perbincangan pada siri penerangan yang lain dan juga penganjuran yang sama pada tahun hadapan.

Seminar Kebangsaan Harta Pusaka, Wasiat, Hibah, Wakaf Dan Harta Sepencarian Seminar Kebangsaan Harta Pusaka, Wasiat, Hibah, Wakaf Dan Harta Sepencarian Seminar Kebangsaan Harta Pusaka, Wasiat, Hibah, Wakaf Dan Harta Sepencarian
Seminar Kebangsaan Harta Pusaka, Wasiat, Hibah, Wakaf Dan Harta Sepencarian Seminar Kebangsaan Harta Pusaka, Wasiat, Hibah, Wakaf Dan Harta Sepencarian Seminar Kebangsaan Harta Pusaka, Wasiat, Hibah, Wakaf Dan Harta Sepencarian
Seminar Kebangsaan Harta Pusaka, Wasiat, Hibah, Wakaf Dan Harta Sepencarian Seminar Kebangsaan Harta Pusaka, Wasiat, Hibah, Wakaf Dan Harta Sepencarian Seminar Kebangsaan Harta Pusaka, Wasiat, Hibah, Wakaf Dan Harta Sepencarian
Seminar Kebangsaan Harta Pusaka, Wasiat, Hibah, Wakaf Dan Harta Sepencarian Seminar Kebangsaan Harta Pusaka, Wasiat, Hibah, Wakaf Dan Harta Sepencarian Seminar Kebangsaan Harta Pusaka, Wasiat, Hibah, Wakaf Dan Harta Sepencarian

Disediakan Oleh: Mohamad Ridzuan Bin Zainudin

FaLang translation system by Faboba