Laman Web Rasmi
A- A A+
| A A A A |   Arial | PT Sans | Century |

1akses

Prestasi Cemerlang ISO 9001:2015 Dan MS 1900:2014 Patuh Syariah - Zero NCR

26-28 Jun 2019 | 22-24 Syawal 1440H – Audit Pemantauan oleh pihak SIRIM telah dilaksanakan bermula pada 26 hingga 28 Jun 2019. YAA Tuan Mohd Nadzri Bin Hj Abdul Rahman, Ketua Hakim Syarie telah mempengerusikan Mesyuarat Pembukaan pada 26 Jun 2019 jam 9.30 pagi manakala taklimat ringkas berkenaan Mahkamah Syariah Negeri Melaka telah disampaikan oleh Tuan Abu Suffian Bin Abu Yaziz, Ketua Pendaftar MSNM. Puan Hanida binti Ghazali merupakan Ketua Auditor bersama juruaudit yg lain iaitu YM Tengku Aidil Alhaj Tengku Amirudin,Tuan Mohd Hisyam Mahadi dan Ustaz Hisyam Sobri (pakar teknikal) telah menjalankan audit di ibu pejabat (Mahkamah Rendah Syariah Melaka Tengah, Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rayuan Syariah), Mahkamah Rendah Syariah Alor Gajah, Mahkamah Rendah Syariah Masjid Tanah dan Mahkamah Syariah Sungai Rambai. Pengauditan adalah dibuat ke atas pematuhan ISO 9001:2015 dan MS 1900:2014. Kelainan dan keistimewaan pengauditan pada kali ini lokasi pensijilan telah menyeluruh ke semua lokasi termasuk lokasi baru iaitu MRS Masjid Tanah dan Mahkamah Syariah Sg Rambai.

Semua pegawai dan kakitangan telah memberikan komitmen dan kerjasama yg baik sepanjang tempoh pengauditan dijalankan. Mesyuarat Penutup telah dipengerusikan oleh YAA Tuan Mohd Khalid bin Shaii@Shaee Hakim Mahkamah Tinggi Syariah dan hasil pengauditan, Ketua Pasukan Auditor SIRIM memaklumkan bahawa MSNM telah mencatatkan tiada ketaakuran (NCR) direkodkan dan hanya beberapa cadangan penambahbaikan (OFI) ke atas semua proses. Prestasi kali ini adalah yang terbaik dan ini merupakan hasil kerjasama pengurusan tertinggi, wakil pengurusan, semua pegawai dan kakitangan serta barisan jawatankuasa Sekretariat ISO 9001:2015 dan Sekretariat MS 1900:2014 yang bertungkus lumus dan sentiasa memastikan pematuhan kepada setiap proses, pengurusan risiko dan patuh syariah serta nilai-nilai murni Mahkamah Syariah Negeri Melaka. Syabas diucapkan kepada semua pihak.

Semoga pencapaian cemerlang ini dapat diteruskan dan dikekalkan pada masa hadapan bagi menjamin produk dan proses kerja MSNM berkualiti serta patuh syariah.

Audit ISO 9001:2015 Dan MS 1900:2014 Patuh Syariah Audit ISO 9001:2015 Dan MS 1900:2014 Patuh Syariah Audit ISO 9001:2015 Dan MS 1900:2014 Patuh Syariah

Audit ISO 9001:2015 Dan MS 1900:2014 Patuh Syariah Audit ISO 9001:2015 Dan MS 1900:2014 Patuh Syariah 20 Audit ISO 9001:2015 Dan MS 1900:2014 Patuh Syariah
Audit ISO 9001:2015 Dan MS 1900:2014 Patuh Syariah Audit ISO 9001:2015 Dan MS 1900:2014 Patuh Syariah Audit ISO 9001:2015 Dan MS 1900:2014 Patuh Syariah

Disediakan Oleh: Izzah Hanani Binti Suhaimi