Laman Web Rasmi
A- A A+
| A A A A |   Arial | PT Sans | Century |

1akses

Jamuan Raya MRS Jasin & Sungai Rambai

2 Julai 2019 | 28 Syawal 1440H (Selasa) – Jamuan Raya MRS Jasin & Sungai Rambai telah diadakan di MRS Jasin yang bertempat di Kompleks Pejabat Agama dan Mahkamah Syariah Jasin. Kehadiran YAA Tuan Mohd Nazdri Bin Hj Abdul Rahman, Ketua Hakim Syarie, YA Tuan Mohamad Khalid Bin Shaee @ Shaii Hakim Mahkamah Tinggi Syariah dan Tuan Mohd Ridzuan Bin Zainuddin, Pegawai Penyelidik Kanan, Hakim- Hakim Mahkamah Rendah Syariah, semua pegawai serta kakitangan Mahkamah Syariah Negeri Melaka telah hadir memeriahkan suasana sambutan hari raya yg diadakan diperingkat daerah ini. Antara menu yg dijamu kepada para tetamu ialah kari daging power, lemak nenas ikan masin, gulai tongkol kelate, laksa penang, Tempoyak daun kayu, satay, sayur lodeh jawa, cocktail dan macam - macam menu lagi.

YAA Tuan Mohd Nazdri Bin Hj Abdul Rahman juga telah menyempurnakan penyampaian cenderamata penghargaan kepada Cik Nur Ariana Binti Arifin (Pekerja Skim Sangkutan Latihan) yang berpindah ke Ibu pejabat sebagai Kaatib bermula pada 1 Julai 2019. Sekalung Penghargaan kepada semua yg telah hadir dan semoga ianya dapat merapatkan ukhuwwah antara pengurusan tertinggi, semua pegawai dan kakitangan MSNM. Amin

Jamuan Raya MRS Jasin & Sungai Rambai Jamuan Raya MRS Jasin & Sungai Rambai Jamuan Raya MRS Jasin & Sungai Rambai
Jamuan Raya MRS Jasin & Sungai Rambai Jamuan Raya MRS Jasin & Sungai Rambai Jamuan Raya MRS Jasin & Sungai Rambai
Jamuan Raya MRS Jasin & Sungai Rambai Jamuan Raya MRS Jasin & Sungai Rambai Jamuan Raya MRS Jasin & Sungai Rambai

Disediakan Oleh: Ramlah Binti Kassim