Laman Web Rasmi
A- A A+
| A A A A |   Arial | PT Sans | Century |

1akses

Kumpulan Aura Kesidang Menang Anugerah Emas Di Konvensyen Team Excellence Peringkat Wilayah Pantai Timur

1 Ogos 2019 | 29 Zulkaedah 1440H (Khamis) – Kumpulan Aura Kesidang Mahkamah Syariah Negeri Melaka telah membuat persembahan di pertandingan Konvensyen Team Excellence Peringkat Wilayah Pantai Timur anjuran Malaysia Produktiviti Corporaton (MPC). Konvensyen tersebut telah diadakan di Hotel Perdana Kota Bharu, Kelantan bermula 31 Julai – 01 Ogos 2019. Kumpulan Aura Kesidang ini dianggotai seramai 5 orang iaitu Pn Aisah Binti Saleh, Tn Mohamad Ridzuan Bin Zainudin, Pn Norazita Binti Mohd Ali, Pn Siti Aishah binti Kamarudin dan Pn Norazila Binti Mohamad Razali dan dibantu oleh seorang fasilitator iaitu Tn Abu Suffian bin Abu Yaziz, Ketua Pendaftar MSNM.

Terdapat 69 buah kumpulan yang bertanding di Peringkat Wilayah Pantai Timur pada tahun ini. Kumpulan Aura Kesidang bertanding bersama-sama 18 kumpulan yang lain di stream yang sama iaitu Stream A. Tahun ini Aura Kesidang mempertandingkan satu projek inovasi yang dinamakan sebagai IQ Court. IQ Court adalah satu projek penambahbaikan proses kerja dengan menubuhkan satu Mahkamah yang di namakan sebagai Mahkamah Tanfiz. Projek ini merupakan cetusan idea YAA Tuan Mohd Nadzri bin Abdul Rahman Ketua Hakim Syarie Mahkamah Syariah Negeri Melaka yang sentiasa memberi sokongan penuh serta semangat dalam menjayakan program-program inovasi. Kumpulan Aura Kesidang telah membentangkan projek ini dihadapan 2 orang juri daripada Malaysia Produktiviti Corporaton (MPC).

Majlis Perasmian Penutupan dan Majlis Penyampaian Sijil dan Anugerah Konvensyen Wilayah Pantai  Timur ini telah disempurnakan oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan (Pembangunan),YM Tengku Kaya Perkasa Dato' Dr Tengku Mohamed Faziharudean bin Tengku Fiessal. Kumpulan ini telah dianugerahkan dengan Anugerah EMAS di dalam konvensyen wilayah kali ini dan berharap untuk terpilih sekali lagi bertanding di peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Sunway Pyramid Convention Centre pada 5-7 November 2019 kelak.

Konvensyen Team Excellence peringkat Wilayah Pantai Timur - Aura Kesidang
Konvensyen Team Excellence peringkat Wilayah Pantai Timur - Aura Kesidang
Konvensyen Team Excellence peringkat Wilayah Pantai Timur - Aura Kesidang

Disediakan Oleh: Norazita Binti Mohd Ali

FaLang translation system by Faboba