Laman Web Rasmi
A- A A+
| A A A A |   Arial | PT Sans | Century |

1akses

Sesi Kunjungan Hormat Ketua Hakim Syarie Mahkamah Syariah Negeri Melaka Dan Lawatan Pegawai-Pegawai Mahkamah Syariah Negeri Melaka Ke Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Negeri Melaka

21 Ogos 2019 | 20 Zulhijjah 1440H - Y.A.A. Tuan Mohd Nadzri Bin Abdul Rahman, Ketua Hakim Syarie Mahkamah Syariah Negeri Melaka bersama-sama dengan pegawai-pegawai dari Mahkamah Syariah Negeri Melaka telah mengadakan Kunjungan Hormat dan lawatan ke Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Negeri Melaka (SPRM Melaka) pada jam jam 2.15 hingga 5.15 petang.

Tujuan pertemuan dan lawatan ini diadakan ialah untuk menjalinkan hubungan mesra di antara Mahkamah Syariah Negeri Melaka dengan SPRM Melaka bagi mendapatkan pandangan berkaitan dengan isu-isu integriti, program-program pencegahan rasuah serta mendapatkan penerangan tentang tugas-tugas yang dijalankan oleh SPRM Melaka.

Program dimulakan dengan kunjung hormat YAA Tuan Mohd Nadzri Bin Abdul Rahman dan pegawai pengiring Tuan Abu Suffian Bin Abu Yaziz, Ketua Pendaftar dan Tuan Mohamad Ridzuan Bin Zainudin, Pegawai Penyelidik Kanan bersama Pengarah SPRM Melaka iaitu PKPj Awangkok Ahmad Taufik Putra Bin Awang Ismail.

Sejurus selepas itu program diteruskan dengan taklimat yg disampaikan oleh PKPj Mohd Sufian Bin Mohd Khalid daripada Ketua Unit Pendidikan Masyarakat. Semua pegawai dan kakitangan dibawa melawat ke lokap SPRM dan juga bilik keterangan.

Mahkamah Syariah Negeri Melaka telah dipersijilkan Pengurusan Risiko ISO 9001:2015 sejak tahun 2017 yang mana merangkumi salah satu risiko iaitu penyalahgunaan kuasa oleh pegawai dan kakitangan jabatan. Justeru itu melalui program ini, semua pegawai dan kakitangan MSNM telah diberikan pendedahan yang lebih jelas berhubung kesan penyalahgunaan kuasa dan ini merupakan salah satu program integriti tahunan jabatan.

Semoga program ini dapat memberikan informasi yang berguna dan memberikan kesedaran tentang salah laku rasuah serta pengurusan risiko yang lebih efektif dan berkesan.

 sprm 1  sprm 4  sprm 2  sprm 3.2  sprm 3.1  sprm 3

sprm 9  sprm 8  sprm 6

sprm 6  sprm 6.1  sprm 6.2