Laman Web Rasmi
A- A A+
| A A A A |   Arial | PT Sans | Century |

1akses

  • Laman Utama
  • Langganan RSS
  • Berita & Aktivti
  • Sesi Kunjungan Hormat Ketua Hakim Syarie Mahkamah Syariah Negeri Melaka Dan Lawatan Pegawai-Pegawai Mahkamah Syariah Negeri Melaka Ke Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Negeri Melaka

Kunjungan Balas MSNM Ke JKSN Pulau Pinang

3 November 2019 | 6 Rabiulawal 1441H (Ahad) -  Delegasi Mahkamah Syariah Negeri Melaka (MSNM) telah membuat kunjungan balas ke Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang (JKSNPP) pada 1 November 2019 bersamaan hari Jumaat, sebagai tanda penghargaan atas kunjungan JKSNPP ke MSNM pada 8 Oktober 2019 yang lalu. Selain itu, kunjungan itu diadakan bertujuan untuk melihat sendiri dengan lebih dekat berkenaan pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) di JKSNPP disamping memperkukuhkan tali silaturrahim antara dua buah Mahkamah Syariah.

Ketibaan delegasi MSNM yang diketuai oleh YA Tuan Mohammad Khalid Bin Shaee@Shaii, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Melaka telah disambut baik oleh YAA Dato’ Mohamad Shakir Bin Abdul Hamid, Ketua Hakim Syarie Negeri Pulau Pinang, YA Hakim Mahkamah Tinggi, Ketua Pendaftar serta barisan pegawai dan kakitangan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang.

Program lawatan sehari itu dimulakan dengan sarapan pagi yang disediakan oleh tuan rumah di kafeteria sekitar jam 8.30 pagi dan diteruskan dengan sesi taklimat bermula jam 9.15 pagi di Bilik Mesyuarat Utama Aras 6. Selanjutnya, delegasi MSNM telah dibawa melawat ke zon EKSA di sana iaitu Zon Georgetown dan Zon Batu Gantung dan sesi lawatan ditutup dengan jamuan makan tengah hari sekitar jam 12.00 tengah hari.

Pada 2 November 2019, jam 8.00 malam, bertempat di Pusat Boling Sunshine Square, Bayan Baru, Pulau Pinang, Kelab Kebajikan, Sukan dan Rekreasi Mahkamah Syariah Negeri Melaka (KKSR MSNM) dengan kerjasama Badan Kebajikan dan Sukan JKSN Pulau Pinang (BAKEEP) telah berjaya menganjurkan perlawanan persahabatan boling sebagai persediaan menghadapi Sukan Mahkamah Syariah Kali ke-5 (SMS-5) akan datang. Sebanyak 4 kumpulan telah bertanding dan MSNM telah berjaya menduduki Naib Johan dalam perlawanan tersebut.

Kunjungan Balas MSNM Ke JKSN Pulau Pinang Kunjungan Balas MSNM Ke JKSN Pulau Pinang
Kunjungan Balas MSNM Ke JKSN Pulau Pinang Kunjungan Balas MSNM Ke JKSN Pulau Pinang
Kunjungan Balas MSNM Ke JKSN Pulau Pinang Kunjungan Balas MSNM Ke JKSN Pulau Pinang

Disediakan Oleh: Mohd Hafiidz Bin Azman

FaLang translation system by Faboba