Laman Web Rasmi
A- A A+
| A A A A |   Arial | PT Sans | Century |

1akses

  • Laman Utama
  • Langganan RSS
  • Berita & Aktivti
  • Sesi Kunjungan Hormat Ketua Hakim Syarie Mahkamah Syariah Negeri Melaka Dan Lawatan Pegawai-Pegawai Mahkamah Syariah Negeri Melaka Ke Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Negeri Melaka

Muzakarah Hakim Syarie MSNM Bil.4/2019

3 November 2019 | 6 Rabiulawal 1441H (Ahad) - Hakim Syarie dan Pendaftar Mahkamah Syariah Negeri Melaka telah selesai bermuzakarah di Hotel Royal, Pulau Pinang pada tengah hari ini. Sebanyak 14 Kertas Konsep telah dibentangkan sepanjang sesi muzakarah berlangsung dan fokus perbincangan adalah berkaitan isu-isu semasa dalam pengurusan perundangan syariah dan Hukum Syarak. Muzakarah telah berlangsung selama tiga (3) hari dua (2) malam bermula pada 1 November 2019 yang melibatkan seramai 26 orang peserta termasuk urusetia.

Muzakarah kali ini telah dipengerusikan oleh YA Tuan Mohammad Khalid bin Shaee@Shaii, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Melaka, mewakili YAA Datuk Mohd Nadzri Bin Abdul Rahman, Ketua Hakim Syarie yang sedang menjalani kursus wajib perkhidmatan. Turut hadir Tuan Abu Suffian bin Abu Yaziz selaku Ketua Pendaftar Mahkamah Syariah Negeri Melaka, Hakim-hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah dan Penolong-Penolong Pendaftar Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah Syariah, Pegawai-Pegawai dari Unit Dasar & Penyelidikan, Unit Sulh, Unit Seksyen Bahagian Sokongan Keluarga, Unit ICT dan barisan urusetia.

Pelaksanaan Muzakarah Hakim Syarie kali ini telah dibuat sedikit penambahbaikan, yang mana isu-isu yang dibangkitkan kepada urusetia muzakarah telah diperbincangkan lebih awal dalam Mesyuarat Pra Muzakarah, yang diadakan dalam beberapa siri pertemuan sebelum muzakarah sebenar berlangsung.
Dengan berkonsepkan perbincangan secara santai, semua kertas konsep yang dibentangkan berjaya mencapai persetujuan dan dijadikan alternatif jalan penyelesaian beberapa permasalahan yang berlaku di peringkat Pendaftaran dan Pengurusan Kes di hadapan Pendaftar, penyelesaian masalah semasa perbicaraan dan pasca perbicaraan. Butiran keputusan muzakarah direkodkan dalam bentuk resolusi bagi tujuan penyelarasan kerja Mahkamah.
Majlis penutupan muzakarah telah dibuat secara ringkas, dimulakan dengan ucapan penangguhan muzakarah yang disempurnakan oleh YA Tuan Mohammad Khalid Bin Shaee@Shaii, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Melaka. Selanjutnya majlis ditutup dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Tuan Shukeri Najib bin Ab Rahim, Hakim Kanan Mahkamah Rendah Syariah dan penyampaian sijil kepada semua peserta dan urusetia yang terlibat.

Muzakarah Hakim Syarie MSNM Bil.4/2019 Muzakarah Hakim Syarie MSNM Bil.4/2019
Muzakarah Hakim Syarie MSNM Bil.4/2019 Muzakarah Hakim Syarie MSNM Bil.4/2019
Muzakarah Hakim Syarie MSNM Bil.4/2019 Muzakarah Hakim Syarie MSNM Bil.4/2019

Disediakan Oleh: Mohd Hafiidz Bin Azman

FaLang translation system by Faboba