Laman Web Rasmi
A- A A+
| A A A A |   Arial | PT Sans | Century |

1akses

Majlis Perhimpunan Bulanan Agensi Agama Islam Negeri Melaka Bilangan 1 Tahun 2020

24 Januari 2020 | 28 Jamadil Awal 1441H (Jumaat) - YAB Tuan Haji Adly Bin Zahari, Ketua Menteri Melaka telah menghadiri Majlis Perhimpunan Bersama Agensi Agama Islam Negeri Melaka Bil. 1 Tahun 2020 yang bertempat di Auditorium Masjid Al-Azim, Bukit Palah Melaka. Majlis yang menghimpunkan pegawai dan kakitangan dari agensi-agensi agama serta pegawai syarak seluruh Negeri Melaka turut dihadiri oleh YB Datuk Mohd Sofi Bin Abdul Wahab, Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka, Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim Bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka, YAA Datuk Mohd Nadzri Bin HJ. Abdul Rahman, Ketua Hakim Syarie Mahkamah Syariah Negeri Melaka dan Datuk Haji Md Azhan Bin Samat, Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka.

YAB Ketua Menteri dalam sesi dialognya antara lain menyarankan Mahkamah Syariah agar dapat menyelesaikan kes-kes kekeluargaan melalui kaedah perdamaian (Sulh). Pegawai-pegawai yang mengendalikan Sulh sewajarnya seorang yang berpengalaman dan berpengetahuan dalam Hukum Syarak dan undang-undang. Justeru itu, gred perjawatan pegawai-pegawai Sulh perlu ditingkatkan demi menjamin proses Sulh lebih berkesan. Selain itu beliau juga menggesa agar kompetensi pegawai-pegawai Sulh ditingkatkan melalui latihan yang berterusan agar pengendalian kes-kes sulh dapat dikendalikan dengan baik.

Seterusnya YAB Ketua Menteri menyeru agar komitmen agensi-agensi agama terhadap masyarakat dapat dipertingkatkan dengan mengadakan program-program dan aktiviti yang dapat menyelami punca isu-isu yang melibatkan umat Islam dan seterusnya dapat menyelesaikannya dengan lebih efektif dan berkesan. Beliau juga akan sentiasa cuba membantu dari sudut bantuan kewangan jika diperlukan dari masa ke semasa.

Majlis diakhiri dengan penyampaian duit sumbangan Majlis Agama Islam Negeri Melaka oleh YAB Ketua Menteri merangkap Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka kepada agensi-agensi agama seperti Jabatan Mufti Negeri Melaka, Jabatan Agama Islam Melaka dan lain-lain. Sumbangan ini disalurkan bagi tujuan perbelanjaan program dan pengurusan aktiviti yang melibatkan masyarakat Islam di Negeri Melaka.

Majlis Perhimpunan Bulanan Agensi Agama Islam Negeri Melaka Bilangan 1 Tahun 2020 Majlis Perhimpunan Bulanan Agensi Agama Islam Negeri Melaka Bilangan 1 Tahun 2020
PerhimpunanAgensiAgama 3 Majlis Perhimpunan Bulanan Agensi Agama Islam Negeri Melaka Bilangan 1 Tahun 2020
PerhimpunanAgensiAgama 5

Disediakan Oleh: Mohd Hafiidz Bin Azman

FaLang translation system by Faboba