Laman Web Rasmi
A- A A+
| A A A A |   Arial | PT Sans | Century |

1akses

  • Laman Utama
  • Langganan RSS
  • Berita & Aktivti
  • Sesi Kunjungan Hormat Ketua Hakim Syarie Mahkamah Syariah Negeri Melaka Dan Lawatan Pegawai-Pegawai Mahkamah Syariah Negeri Melaka Ke Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Negeri Melaka

Bengkel Pemahaman Prosiding Rayuan dan Semakan Mahkamah Syariah Negeri Melaka

15 Januari 2020 | 19 Jamadil Awal 1441H (Rabu) - Bengkel Pemahaman Prosiding Kes Rayuan dan Semakan, peringkat Mahkamah Syariah Negeri Melaka (MSNM) telah berjaya dilaksanakan di Dewan Banquet, Kompleks Mahkamah Syariah Melaka selama dua hari berturut-turut bermula seawal jam 2.30 petang dan berakhir dengan penangguhan bengkel tepat jam 5.00 petang. Bengkel ini merupakan program sulung MSNM bagi tahun 2020 dan telah mendapat sambutan yang menggalakkan dengan penyertaan sebanyak 40 orang peserta di kalangan Hakim Syarie, Pegawai Penyelidik, Pegawai Sulh, Pegawai Bahagian Sokongan Keluarga, Penolong-Penolong Pendaftar, barisan Pembantu Hakim, Unit Rekod, Kaatib, dan Pelatih Latihan Industri.

Bengkel tersebut dianjurkan oleh Pejabat Ketua Pendaftar MSNM dengan kerjasama Sekretariat Muzakarah MSNM dengan penampilan khas Tuan Abu Suffian bin Abu Yaziz, Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah Negeri Melaka sebagai penceramah utama bengkel. Turut hadir bersama YAA Datuk Mohd Nadzri Bin Hj. Abdul Rahman, Ketua Hakim Syarie Negeri Melaka, sebagai pakar rujuk dalam memberikan pandangan dan perkongsian ilmu sepanjang bengkel berlangsung. 

Matlamat utama bengkel adalah memberikan pendedahan dan pemahaman prosiding Kes Rayuan dan Semakan berdasarkan peruntukan undang-undang dan Arahan Amalan Mahkamah Syariah. Selanjutnya, bengkel ini turut membincangkan isu / permasalahan semasa berkaitan pengurusan Kes Rayuan dan Semakan yang berlaku di Mahkamah Syariah Negeri Melaka. Selain itu, penganjuran bengkel ini juga merupakan satu tindakan pelaksanaan bagi persetujuan/resolusi yang diputuskan dalam Muzakarah Hakim Syarie Negeri Melaka Bil.4 Tahun 2019 yang lalu.

Bengkel Pemahaman Prosiding Rayuan Dan Semakan Mahkamah Syariah Negeri Melaka Bengkel Pemahaman Prosiding Rayuan Dan Semakan Mahkamah Syariah Negeri Melaka
Bengkel Pemahaman Prosiding Rayuan Dan Semakan Mahkamah Syariah Negeri Melaka Bengkel Pemahaman Prosiding Rayuan Dan Semakan Mahkamah Syariah Negeri Melaka
Bengkel Pemahaman Prosiding Rayuan Dan Semakan Mahkamah Syariah Negeri Melaka Bengkel Pemahaman Prosiding Rayuan Dan Semakan Mahkamah Syariah Negeri Melaka
Bengkel Pemahaman Prosiding Rayuan Dan Semakan Mahkamah Syariah Negeri Melaka

Disediakan Oleh: Mohd Hafiidz Bin Azman

FaLang translation system by Faboba