Laman Web Rasmi
A- A A+
| A A A A |   Arial | PT Sans | Century |

1akses

Kunjungan Hormat Ketua Hakim Syarie Dan Pegawai Mahkamah Syariah Negeri Melaka Kepada Ketua Menteri Melaka

9 Jun 2020 | 16 Syawal 1441H (Selasa) - YAA Datuk Mohd Nadzri Bin Hj Abdul Rahman, Ketua Hakim Syarie Mahkamah Syariah Negeri Melaka (MSNM) mengetuai kunjungan hormat kepada Ketua Menteri Melaka,YAB Datuk Haji Sulaiman Bin Md Ali di pejabat YAB pada jam 12.15 tengah hari. Hakim Syarie dan Pegawai yang turut hadir adalah YA Tuan Abdul Razak Bin Md Nayan, Hakim Kanan Mahkamah Tinggi Syariah,YA Tuan Mohammad Khalid Bin [email protected], Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Tuan Mohammad Zulkhairi Bin Aziz, Ketua Pendaftar, Tuan Mohd Saifuddin Bin Othman, Pegawai Penyelidik Kanan, Tuan Shukeri Najib Bin Ab Rahim, Hakim Kanan Mahkamah Rendah Syariah, Tuan Amirrudin Bin Abdul Latip, Hakim Mahkamah Rendah Syariah Daerah Alor Gajah dan Puan Aisah Binti Saleh, Hakim Mahkamah Rendah Syariah Daerah Jasin.

Dalam pertemuan tersebut, YAA Datuk Ketua Hakim Syarie mengucapkan tahniah atas perlantikan YAB sebagai Ketua Menteri Melaka yang baru. YAA Datuk Mohd Nadzri Bin Hj Abdul Rahman juga turut memperkenalkan Hakim Syarie dan pegawai yang baru melaporkan diri di MSNM. Dalam pertemuan tersebut juga. YAB Ketua Menteri Melaka telah bersetuju untuk MSNM beroperasi seperti biasa dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula 10 Jun 2020 dengan berpandukan kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah disediakan.

YAB Datuk Ketua Menteri merakamkan ucapan penghargaan ke atas kesudian Ketua Hakim Syarie, Hakim Syarie dan Pegawai MSNM hadir ke Pejabat Ketua Menteri Melaka pada hari ini dan mengharapkan agar MSNM dan Pejabat Ketua Menteri Melaka sentiasa mempunyai jalinan kerjasama yang baik pada masa akan datang. Kunjung Hormat ini berakhir dengan sessi penyerahan cenderamata oleh YAA Ketua Hakim Syarie kepada YAB Ketua Menteri Melaka dan sesi bergambar.

Kunjungan Hormat Ketua Hakim Syarie Dan Pegawai Mahkamah Syariah Negeri Melaka Kepada Ketua Menteri Melaka Kunjungan Hormat Ketua Hakim Syarie Dan Pegawai Mahkamah Syariah Negeri Melaka Kepada Ketua Menteri Melaka

Disediakan Oleh: Aisah Binti Saleh

FaLang translation system by Faboba