Laman Web Rasmi
A- A A+
| A A A A |   Arial | PT Sans | Century |

1akses

Audit Pensijilan Semula ISO 9001:2015 Dan MS 1900:2014 Mahkamah Syariah Negeri Melaka

22-24 Jun 2020 | 30 Syawal-2 Zulkaedah 1441H  - Mahkamah Syariah Negeri Melaka (MSNM) telah diaudit oleh pihak SIRIM bagi tujuan persijilan semula. Proses pengauditan di lokasi atau 'on site audit' yang bermula pada 22 Jun 2020 hingga 24 Jun 2020 untuk Pensijilan Semula ISO 9001:2015 dan MS 1900:2014 bagi sijil yang telah tamat tempoh pada 4 Mei 2020. Ini merupakan audit fasa kedua di mana fasa pertama telah selesai secara 'remote audit' pada 27 hingga 30 April 2020.

Barisan juruaudit yang diketuai oleh Puan Hanida Binti Ghazali bersama Encik Khalid Bin Saleman dan Ustaz Hisham Sabri selaku Pakar Teknikal telah membuat pengauditan di Ibu Pejabat Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Melaka, Mahkamah Rendah Syariah Daerah Jasin, Alor Gajah dan juga Masjid Tanah. Skop yang terlibat adalah pengurusan kes Mal, Jenayah, Faraid, Sulh, Bahagian Sokongan Keluarga, Pentadbiran, Pengurusan Risiko, dan Patuh Syariah.

Mesyuarat Penutupan Audit Persijilan Semula yang dipengerusikan oleh YAA Datuk Mohd Nadzri Bin Hj Abdul Rahman, Ketua Hakim Syarie telah dilaksanakan pada 24 Jun 2020 jam 4.00 petang. Dalam pembentangan hasil pengauditan, Puan Hanida Binti Ghazali telah memaklumkan tiada ketidakakuran (NCR) yang ditemui dan terdapat 6 Cadangan Penambahbaikan (OFI) yang direkodkan. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada pihak pengurusan tertinggi, pegawai dan kakitangan MSNM, auditee, semua urusetia Sekretariat ISO 9001:2015 dan MS 1900:2014 atas komitmen dan usaha yang diberikan sepanjang tempoh pengauditan.

Audit Pensijilan Semula ISO 9001:2015 Dan MS 1900:2014 MSNM Audit Pensijilan Semula ISO 9001:2015 Dan MS 1900:2014 MSNM

FaLang translation system by Faboba