Laman Web Rasmi
A- A A+
| A A A A |   Arial | PT Sans | Century |

1akses

SESI KUNJUNG HORMAT Y.A.A KETUA HAKIM SYARIE MSNM BERSAMA PENGURUSAN TERTINGGI KEPADA TUAN YANG TERUTAMA YANG DIPERTUA NEGERI MELAKA

14 Julai 2020 | 30 Syawal-22 Zulkaedah 1441H - Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri (Dr.) Hj. Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka telah menerima kunjungan daripada Mahkamah Syariah Negeri Melaka (MSNM) yang diketuai oleh Y.A.A. Datuk Mohd Nadzri bin Hj. Abdul Rahman, Ketua Hakim Syarie MSNM. Pertemuan yang bertempat di Pejabat T.Y.T Yang di-Pertua Negeri Melaka ini merupakan kunjung hormat yang pertama oleh delegasi MSNM sejak Tun Datuk Seri (Dr.) dilantik sebagai Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka.

Sesi Kunjung Hormat Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Melaka Sesi Kunjung Hormat Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Melaka

Sesi Kunjung Hormat Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Melaka

Selain mengeratkan tali silaturrahim, kunjung hormat ini bertujuan untuk merakamkan ucapan tahniah atas pelantikan sebagai T.Y.T Yang di-Pertua Negeri Melaka yang ke tujuh, selain memaklumkan kepada Tun Datuk Seri (Dr.) perkembangan semasa di MSNM khususnya aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan dalam memartabatkan institusi kehakiman syariah di Melaka khususnya.

Sesi Kunjung Hormat Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Melaka Sesi Kunjung Hormat Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Melaka

Sesi Kunjung Hormat Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Melaka

Antara delegasi MSNM yang turut hadir adalah Hakim Kanan Mahkamah Tinggi Syariah, YA Tuan Abd Razak bin Mat Nayan, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Y.A. Tuan Mohammad Khalid bin Shaee @ Shaii, Ketua Pendaftar, Tuan Mohammad Zulkhairi bin Aziz dan Pegawai Penyelidik Kanan MSNM, Tuan Mohd Saifuddin bin Othman. Pertemuan berakhir dengan sesi bergambar Tun Datuk Seri bersama delegasi MSNM. Semoga pertemuan ini menjadi pemangkin kepada keberhasilan prestasi yang lebih unggul sekaligus memartabatkan institusi kehakiman syariah di Melaka khususnya dan di Malaysia amnya.

Sesi Kunjung Hormat Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Melaka Sesi Kunjung Hormat Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Melaka
Sesi Kunjung Hormat Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Melaka Sesi Kunjung Hormat Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Melaka

 Disediakan Oleh: Mohd Saifuddin Bin Othman

FaLang translation system by Faboba