Laman Web Rasmi
A- A A+
| A A A A |   Arial | PT Sans | Century |

1akses

Temuduga Peguam Syarie Negeri Melaka 2020

16 Julai 2020 | 24 Zulkaedah 1441H (Khamis) - Jawatankuasa Peguam Syarie Negeri Melaka telah menganjurkan sesi temuduga Peguam yang telah berlangsung pada 16 Julai 2020 di Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Melaka (MSNM). Seramai 65 orang calon Peguam Syarie yang terlibat dalam temuduga tersebut. Terdahulu calon-calon ini telah menjalani peperiksaan bertulis yang telah diadakan pada 25 Februari 2020.

Panel temuduga adalah terdiri daripada Ketua Hakim Syarie MSNM, YAA Datuk Mohd Nadzri Bin Hj Abdul Rahman, Sahibus Samahah Datuk Hj Abdul Halim Bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka, YA Tuan Abd Razak Bin Mat Nayan, Hakim Kanan Mahkamah Tinggi Syariah,YA Tuan Hj.Mohd Khalid Bin [email protected], Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Tuan Azmi Bin Ibrahim, Pengarah Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Melaka, Puan Laila Busyra Binti Hasan, Penasihat Undang-Undang Syariah Negeri Melaka, Tuan Mohammad Zulkhairi Bin Aziz, Ketua Pendaftar Mahkamah Syariah Negeri Melaka, Tuan Mohd Saifuddin Bin Othman, Pegawai Penyelidik Kanan, Tuan Shukeri Najib Bin Ab Rahim, Hakim Kanan Mahkamah Rendah Syariah, Tuan Azhar Bin Abd Rani, Pegawai Undang-Undang Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Tuan Hj Mohd Adli Bin Ithnin, Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia Cawangan Negeri Melaka (PGSM) dan Datin Rosfinah Binti Rahmat, Timbalan PGSM.

Sesi temuduga yang dijalankan adalah bertujuan sebagai syarat calon Peguam Syarie untuk diterima masuk dan didaftar sebagai Peguam Syarie Negeri Melaka selaras dengan peruntukan Seksyen 68 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Melaka 2002. Sekalung penghargaan kepada pengurusan tertinggi MSNM, barisan panel, urusetia dan kerjasama calon-calon Peguam Syarie yang telah memberikan kerjasama sepanjang sesi temuduga berlangsung.

Temuduga Peguam Syarie Negeri Melaka 2020 Temuduga Peguam Syarie Negeri Melaka 2020 Temuduga Peguam Syarie Negeri Melaka 2020
Temuduga Peguam Syarie Negeri Melaka 2020 Temuduga Peguam Syarie Negeri Melaka 2020 Temuduga Peguam Syarie Negeri Melaka 2020
Temuduga Peguam Syarie Negeri Melaka 2020 Temuduga Peguam Syarie Negeri Melaka 2020 Temuduga Peguam Syarie Negeri Melaka 2020

Disediakan Oleh: Izzah Hanani Bt Suhaimi

FaLang translation system by Faboba