Laman Web Rasmi
A- A A+
| A A A A |   Arial | PT Sans | Century |

1akses

Bahagian Pentadbiran, Kewangan & Aset

BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
-----------------------------------------------------

Objektif


1.Mewujudkan Perancangan dan Bilangan Anggota Perkhidmatan Optima ;
2.Menentukan Urusan Perkhidmatan Kakitangan dilaksanakan dengan cekap ;
3.Mengadakan dan menyelaras latihan kakitangan dengan lebih sistematik dan terancang ;
4.Mewujudkan kakitangan yang produktif, cekap dan cemerlang.

Fungsi

Memberi Perkhidmatan Pengurusan Sumber Manusia yang professional melalui anggota yang cekap serta sistem pengurusan yang terkini.

Aktiviti Utama

1.Merancang tenaga manusia dan pembangunan organisasi ;
2.Urusan perkhidmatan kakitangan ;
3.Pembangunan sumber manusia melalui latihan dan kursus ;
4.Pengurusan Prestasi, Urusan Naik Pangkat dan Tatatertib.

BAHAGIAN PENTADBIRAN
-------------------------------

Objektif

1.Mewujudkan jentera Pentadbiran yang cekap, berilmu, berdaya saing, dedikasi dan berkomitmen tinggi ;
2.Melaksanakan keceriaan persekitaran tempat kerja yang selesa dan kondusif ; dan
3.Menerapkan dan mempertingkatkan budaya bersukan, kesihatan dan keselamatan di tempat kerja serta ukhuwah pegawai dan kakitangan.

Fungsi

1.Pelaksana jentera Pentadbiran di Mahkamah Syariah Negeri Melaka.
2.Pelaksana pengurusan Aset Jabatan.
3.Pelaksana prosedur dan peraturan-peraturan pentadbiran jabatan.

Aktiviti Utama

Melaksanakan aktiviti utama pentadbiran jabatan yang meliputi pengurusan Aset, pengurusan Stor, perolehan dan pelupusan di samping aspek keceriaan, kebersihan dan keselamatan jabatan.

BAHAGIAN KEWANGAN
----------------------------

Objektif

1.Menyediakan dan menyelaraskan belanjawan tahunan Jabatan.
2.Memastikan pengurusan perbelanjaan Jabatan secara berhemah dan telus.
3.Mempastikan pengurusan kewangan dilaksanakan mengikut peraturan kewangan yang sedang berkuatkuasa. 

Fungsi

1.Menyediakan Belanjawan Tahunan.
2.Menguruskan pembayaran Emolumen dan Belanja Mengurus Jabatan.
3.Mengurus terimaan hasil Jabatan.
4.Melaporkan prestasi terimaan hasil dan belanja mengurus Jabatan.

Aktiviti Utama

1.Menguruskan dan menyelaras permohonan belanjawan tahunan dari setiap bahagian / unit.
2.Memastikan pembayaran emolumen dibayar kepada setiap pegawai dan kakitangan mengikut tempoh yang ditetapkan.
3.Menyediakan Pesanan Kerajaan sebelum sesuatu bekalan / perkhidmatan diterima.
4.Proses pembayaran dilaksanakan dalam tempoh 14 hari dari tarikh dokumen lengkap diterima.
5.Menyediakan Laporan/Penyata mengikut tempoh yang ditetapkan (14 hari dari tarikh diterima).
6.Sentiasa peka kepada perubahan dasar-dasar kerajaan.