Laman Web Rasmi
A- A A+
| A A A A |   Arial | PT Sans | Century |

1akses

mySMS


mySMS

mySMS

Gerbang SMS Kerajaan - mySMS

mySMS merupakan satu inisiatif untuk mempelbagaikan saluran penyampaian perkhidmatan bagi membolehkan orang ramai mendapatkan perkhidmatan Kerajaan melalui SMS dengan mudah dan ringkas melalui satu nombor tunggal iaitu 15888. 

Kini anda boleh menggunakan mySMS untuk mendapatkan maklumat lokasi Jabatan Kehakiman Syariah dan Mahkamah Syariah seluruh Malaysia.

Cara penggunaan adalah seperti berikut :

Untuk mengetahui lokasi mahkamah NEGERI :

Taip ESYARIAH <Negeri>
dan hantar ke 15888

Untuk mengetahui lokasi mahkamah DAERAH :

Taip ESYARIAH <Daerah>
dan hantar ke 15888

Kos Penghantaran SMS : RM0.15
Kos Penerimaan SMS : RM0.20

 CONTOH :

1)LOKASI MAHKAMAH SYARIAH NEGERI MELAKA 
Taip ESYARIAH MELAKA & SMS ke 15888

mySMS - ESYARIAH MELAKA

2)LOKASI MAHKAMAH SYARIAH DAERAH ALOR GAJAH
Taip ESYARIAH ALOR GAJAH & SMS ke 15888

mySMS - ESYARIAH DAERAH

Berikut merupakan senarai perkhidmatan bagi Mahkamah Syariah Negeri Melaka menggunakan mySMS :

Kod
Subkod
Mesej Penghantaran
Keterangan
ESYARIAH
MELAKA
Taip ESYARIAH MELAKA & SMS ke 15888.
Alamat Mahkamah Syariah Negeri Melaka
ESYARIAH
MELAKA_TGH
Taip ESYARIAH MELAKA_TGH & SMS ke 15888.
Alamat MRS Melaka Tengah
ESYARIAH
ALOR_GAJAH
Taip ESYARIAH ALOR_GAJAH & SMS ke 15888.
Alamat Mahkamah Rendah Syariah (MRS) Alor Gajah
ESYARIAH
JASIN
Taip ESYARIAH JASIN & SMS ke 15888.
Alamat Mahkamah Rendah Syariah (MRS) Jasin
       

 Sila klik di sini untuk muat turun pamplet mySMS Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM)

Untuk mendapatkan lain-lain perkhidmatan kerajaan menggunakan mySMS sila layari Laman Web Rasmi mySMS di http://www.mysms.gov.my/