Manual Pengguna Sistem Pertanyaan Atas Talian (Online Enquiries)
PENGENALAN
Sistem Pertanyaan Atas Talian (Online Enquries) ini disediakan kepada orang awam yang mempunyai masalah untuk membuat sebarang pertanyaan berkaitan pentadbiran, perundangan dan kehakiman syariah secara terus kepada Mahkamah Syariah Negeri Melaka.
Terdapat dua versi yang disediakan iaitu versi bahasa melayu dan versi bahasa inggeris.
Manual pengguna ini menggunakan paparan (antaramuka) dan keterangan dalam versi bahasa melayu.
Manual Pengguna ini terdiri daripada :
1) Keterangan antaramuka
2) Panduan menghantar pertanyaan atas talian
MANUAL PENGGUNA SISTEM PERTANYAAN ATAS TALIAN
1. ANTARAMUKA PENGGUNA (User Interface)

a) Ruangan ini menerangkan fungsi pertanyaan atas talian :

b) Ruangan berikutnya menyenaraikan pertanyaan atas talian yang telah dihantar oleh orang awam dan jawapan (sekiranya telah dijawab oleh panel pertanyaan). Hanya pertanyaan yang telah disahkan oleh admin sahaja yang akan dipaparkan :


c) Berikut merupakan ruangan pertanyaan. Pelawat dibenarkan menghantar sebarang pertanyaan yang berkaitan seperti makluman diatas :

2. PANDUAN UNTUK MENGHANTAR PERTANYAAN ATAS TALIAN
1) Sila klik Tambah Soalan untuk membuat pertanyaan :

2) Ruangan di bawah akan dipaparkan dan pengguna boleh memasukkan soalan di dalam ruangan tersebut :
Sila masukkan maklumat dan pertanyaan di ruangan yang disediakan.

3) Kemudian sila klik butang Hantar

4) Sekiranya soalan berjaya dihantar, mesej berikut akan dipaparkan.

5) Sekiranya maklumat pertanyaan tidak diisi paparan mesej berikut akan dipaparkan :

6) Orang awam juga harus memasukkan kod anti spam terlebih dahulu sebelum klik butang Hantar. Sekiranya tiada kemasukan bagi kod anti spam. Mesej di bawah akan dipaparkan :

7) Sekiranya gagal memasukkan kod anti spam yang sepatutnya berdasarkan paparan di antaramuka, mesej berikut akan dipaparkan :

Terima kasih kerana merujuk Manual Pengguna Sistem Pertanyaan Atas Talian Mahkamah Syariah Negeri Melaka.