Official Website

A- A A+
| A A A A |   Arial | PT Sans | Century |

1akses

MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN TAHLIL 1443H

22 April 2022 | 20 Ramadhan 1443H (Jumaat) -  Kelab Kebajikan Sukan dan Rekreasi (KKSR) Mahkamah Syariah Negeri Melaka telah menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran bertempat di Dewan Banquet MSNM, Aras 4, Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Melaka.

Majlis yang bermula jam 8.00 pagi ini turut dihadiri oleh Ketua Hakim Syarie MSNM, YAA Datuk Mohd Nadzri Bin Hj. Abdul Rahman, Ketua Hakim Syarie, YA Tuan Abdul Razak Bin Mat Nayan, Hakim Kanan Mahkamah Tinggi Syariah,Tuan Mohammad Zulkhairi Bin Aziz, Ketua Pendaftar, semua EXCO KKSR dan warga MSNM.

Majlis dimulakan dengan bacaan khatam Al-Quran dan Doa di mana telah dipimpin oleh Tuan Shukeri Najib Bin Ab Rahim, Hakim Kanan Mahkamah Rendah Syariah. Setelah usai majlis khatam Al-Quran dan Doa, YAA Datuk Mohd Nadzri Bin Hj. Abdul Rahman juga turut menyampaikan sumbangan sempena Hari Raya Aidilfitri kepada semua pegawai dan kakitangan bagi tahun 2022. Sumbangan juga turut diberikan kepada pegawai dan kakitangan yang telah dijangkiti Covid 19 dan juga ahli keluarga yang telah meninggal dunia.

MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN TAHLIL 1443H MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN TAHLIL 1443H MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN TAHLIL 1443H

FaLang translation system by Faboba