Official Website

A- A A+
| A A A A |   Arial | PT Sans | Century |

1akses

KUNJUNG HORMAT DELEGASI DARIPADA UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA

16 Jun 2022 | 16 Zulkaedah 1443H (Selasa) - Mahkamah Syariah Negeri Melaka (MSNM) telah menerima lawatan delegasi daripada Pusat Undang-Undang Harun M. Hashim Dan Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Kunjung hormat ini diketua oleh Prof. Dr. Farid Sufian Shuaib, Dekan, Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim. Bersama-sama beliau adalah Prof. Madya Dr. Zuraidah Hj. Ali, Pengarah, Pusat Undang-Undang Harun M. Hashim, Prof. Madya Dr. Majdah Zawawi, Timbalan Dekan Pengajian Pascasiswazah, Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Dr. Wan Mohd Zulhafiz Wan Zahari, Timbalan Dekan Akademik, Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim , Dr. Uzaimah Ibrahim, Ketua, Jabatan Undang-Undang Islam, Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim dan Dr. Afridah Abas Koordinator, Program Diploma Pascasiswazah, Pusat Undang-Undang Harun M. Hashim.

Delegasi ini disambut oleh YAA Datuk Mohd Nadzri Bin Hj Abdul Rahman, Ketua Hakim Syarie Mahkamah Syariah Negeri Melaka, YA Tuan Abdul Razak Bin Mat Nayan, Hakim Kanan Mahkamah Tinggi Syariah, YA Tuan Azmi Bin Ibrahim, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Tuan Shukeri Najib Bin Ab Rahim, Hakim Kanan Mahkamah Rendah Syariah, Tuan Mohd Saifuddin Bin Othman , Pegawai Penyelidik Kanan, Hakim-hakim Mahkamah Rendah Syariah, pegawai dan kakitangan MSNM.

Tujuan lawatan ini dibuat adalah bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara Pusat Undang-Undang Harun M. Hashim Dan Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan MSNM. Selain daripada itu,lawatan ini bertujuan membuat kajian undang-undang tentang keputusan yang dibuat oleh hakim-hakim Mahkamah Syariah.Mereka juga ingin memperkenalkan program-program yang terdapat di Pusat Undang-Undang Harun M. Hashim Dan Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim. Mereka juga berminat untuk membuat kajian berkenaan tahap kompetensi dan prestasi pelajar-pelajar latihan perindustrian dan juga graduan yang lahir Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim.

Delegasi di bawa ke Galeri MSNM sebelum ke Bilik Mesyuarat Saidina Umar bagi tujuan taklimat oleh MSNM dan sesi bertukar pandangan. Semoga lawatan ini menjadi titik tolak bagi kerjasama program ke arah memantapkan program-program yang sedia ada di Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim dan memartabatkan Mahkamah Syariah Negeri Melaka.

KUNJUNG HORMAT DELEGASI DARIPADA UIAM KUNJUNG HORMAT DELEGASI DARIPADA UIAM KUNJUNG HORMAT DELEGASI DARIPADA UIAM
KUNJUNG HORMAT DELEGASI DARIPADA UIAM KUNJUNG HORMAT DELEGASI DARIPADA UIAM KUNJUNG HORMAT DELEGASI DARIPADA UIAM
KUNJUNG HORMAT DELEGASI DARIPADA UIAM KUNJUNG HORMAT DELEGASI DARIPADA UIAM KUNJUNG HORMAT DELEGASI DARIPADA UIAM
KUNJUNG HORMAT DELEGASI DARIPADA UIAM KUNJUNG HORMAT DELEGASI DARIPADA UIAM KUNJUNG HORMAT DELEGASI DARIPADA UIAM

FaLang translation system by Faboba